UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Friday, March 14, 2014

Renungan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من سرور أنفسنا ومن سيئات ﺃﻋﻤﺎﻟﻨﺎ  من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له، أشهد أن لا إله إلا 
 الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، اللهم صل وسلم على عبدك   ورسولك محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد



Sahabat-sahabat yang dihormati sekalian, bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan nikmat iman dan Islam kepada kita dan masih lagi memberikan kesempatan kepada kita bernafas di bumi Allah SWT ini. 

Dalam kesibukan kita mencari rezeki untuk keluarga di dunia ini, janganlah lupa pada Yang Maha Berkuasa yang memberi rezeki kepada kita. Tiada salahnya kita mencari kekayaan di dunia ini, malah ianya di tuntut supaya Muslimin kuat dalam segi ekonomi. Tetapi janganlah kita lupa hak-hak Allah SWT yang perlu ditunaikan.

Saya ingin memetik kata-kata Imam Hassan Al Basri, seorang ulamak tabien terkemuka yang lahir di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab pada tahun 21H/642M di Kota Madinah, yang berkata:

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan"




Bukanlah saya ini seorang yang hebat, alim atau pun soleh yang memperkatakan perkara-perkara seperti ini, saya pun ada buat silap, tetapi sekadar ingat-ingatan dan nasihat menasihati sesama kita, untuk diri dan sahabat semua. 

Kita selalu menerima pelbagai doa-doa, kata-kata hikmah, cerita-cerita pengajaran, nasihat-nasihat dari alim ulama dan sebagainya yang di hantar oleh rakan-rakan kita samada dalam Facebook, WhatsApp, Instagram, Twitter, Telegram, WeChat dan sebagainya. Almaklum, kita mungkin lebih banyak menatap handphone atau tablet daripada Al Quran (mungkin semua dah baca artikel yang dihantar oleh Sdr. Sabree - HP Punya Pasal)

Apa yang kita lakukan apabila menerima risalah-risalah tersebut? Baca? Share? kemudian ....? Sebagai contoh, kita terima gambar grafik yang mengandungi kata-kata seperti di bawah dalam Facebook kita:


Gambar hiasan


Apa yang kita buat apabila menerima gambar bergrafik ini?...ehem... Ya betul, kita baca dulu, kemudian semak, betul ke ini kata-kata Dr Zulkifli? Kemudian, katakan ianya benar kata-kata dari Dr Zulkifli, maka kita pun share gambar ini dalam wall kita atau pun mungkin dalam WhatsApp kita. Selepas itu.....? dapat pula gambar lain dan kita pun share.....jadinya semua yang kita dapat, baca dan share....itu sahaja? Kadang-kadang tak baca pun, terus share je.

Ya, memang benar kita share benda yang baik dapat pahala dan juga satu cara berdakwah sebagaimana yang dituturkan oleh Prof Dr. Sheikh Yusuf  Al-Qardhawi dalam Kitab Fiqhul Jihad:

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam, menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama"


Apa jadi pada kata-kata yang terdapat di dalam gambar tersebut? Tiada apa-apa?...baca dan simpan saja ... tanpa ada usaha untuk dipraktikkan..? atau dilupakan begitu sahaja....?


Gambar hiasan


Jika kita lihat pada kata-kata Dr Zulkifli, beliau menyarankan kita mencari rakan-rakan yang baik yang boleh mengingatkan dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Jika kita mendapat rakan yang baik, Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT dan semestinya kita turut berbuat kebaikan bukannya menjauhkan diri dari rakan-rakan yang baik. Maksud saya, rakan-rakan yang dapat mengingatkan dan mendekatkan diri kita kepada Allah. Sebab ada juga rakan-rakan kita yang baik dengan kita dan selalu membantu kita tetapi tidak kepada mendekatkan diri kepada Allah....(erkk....boleh faham ke ni?). 

Jika rakan-rakan kita tak seberapa baik la...katakan lah ... contoh saja, maka apabila kita menerima gambar grafik ini dan membaca kata-kata yang terdapat didalamnya, maka kita sebagai seorang hamba kepada Allah SWT seharusnya mengambil pengajaran daripada kata-kata tersebut. Kita ada akal yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk berfikir dan membezakan perkara-perkara yang baik dan tidak baik, halal dan haram, dosa dan pahala dan sebagainya. Maka dalam hal ini sepatutnya kitalah yang menjadi rakan yang baik yang mengingatkan dan mendekatkan rakan yang lain kepada Allah SWT.

Walaupun sebelum ini kita lalai, tapi apabila kita menerima peringatan seperti dalam gambar di atas, dengan kata-kata nasihat, jika ada di dalam hati kita secebis keimanan, maka seharus kita dapat menyedari kata-kata Dr Zulkifli ini yang menyaran kita supaya menjaga solat, membaca al quran, qiamullail dan sentiasa berzikir kepada Allah SWT.

Ringkasnya:
  1. Menjaga solat kita terutamanya solat lima waktu jangan ditinggalkan
  2. Membaca Al Quran sekurang-kurang sehelai sehari.  Jika kita tidak tahu membaca Al Quran, maka wajib kita mempelajarinya, walaupun umur kita dah lanjut. Jangan cakap dah terlambat nak belajar. Selagi mata belum tertutup selagi itulah pembelajaran boleh dilakukan. 'Lidah dah keras la ... susah nak baca Quran', itu alasan saja. Macamana pula orang yang baru memeluk agama Islam dari pelbagai bangsa mampu membaca Al Quran dengan baik?
  3. Bersolat malam - qiamullail, paling kurang pun sebulan sekali. Percayalah sahabat semua, bersolat malam mampu merawat penyakit hati, Insya Allah.
  4. Lidah dan hati sentiasa berzikir kepada Allah SWT. Jika kita ingat pada Allah, Allah ingat pada kita. Janganlah kita hanya ingat pada Allah SWT ketika sakit dan susah sahaja.

Jika kita mampu melakukan perkara-perkara di atas, adakah mungkin kita sanggup melanggar perintah dan suruhan Allah SWT?

Ingatlah!

Gambar hiasan



Sebaik-baiknya, kata-kata nasihat/hikmah atau cerita-cerita yang ada pengajaran, yang kita terima, bukan hanya untuk kita baca sahaja kemudian share, tetapi kita hendaklah juga mengamalkan dan mengambil iktibar darinya. Jika kita tidak pasti dalam satu-satu perkara, maka hendaklah kita bertanya pada orang yang berkenaan atau pun buat sedikit research di internet (kemudahan internet sekarang mudah didapati). 

Ada satu posting dalam blog ini yang di'forward'kan oleh Sdr. Samsul Afero pada awal bulan Februari di WhatsApp bertajuk Usia Kita. Artikel ini sangat bagus untuk kita baca dan memahaminya.


Gambar hiasan


Sahabat yang dihormati sekalian, tulisan di atas hanyalah dari sudut pandangan saya sahaja yang mungkin ada kekurangan dan kesilapan. Jika terdapat kesalahan dalam tulisan saya, teguran dari sahabat semua amat dialu-alukan. Ianya sekadar ingat-ingatan untuk kita semua. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua, Insya Allah.






Mohammad Khairuddin Manan
14 Mac 2014

No comments: