UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Wednesday, January 29, 2014

Tuesday, January 28, 2014

Klip video Steamboat Gathering


Video yang dirakam semasa Steamboat Gathering. Maaf kualiti video yang tidak memuaskan sebab dirakam menggunakan handphone yang tidak memuaskan he..he..he.Tengok je la yea....







Sunday, January 26, 2014

Alhamdulillah, Tahniah! 'Steamboat Gathering' Berjaya Diadakan


Alhamdulillah, perjumpaan semalam berjaya diadakan dengan meriah sekali di samping sambutan hari lahir yang ke 40 kepada rakan-rakan yang lahir dalam bulan Januari. Semalam 'Best Dress Female' Syima dan 'Best Dress Male' Anis tambahan 'Best Freestyle Dress' Khairol.

Terima kasih kepada semua yang terlibat yang menjayakan program ini. Pada malam tersebut juga Tn Bendahari memaklumkan rancangan program korban untuk Otai6A. Insya Allah akan dinyatakan dalam posting berikutnya.


Saturday, January 25, 2014

Steamboat Gathering Malam ini , Jangan Lupa!

Assalamualaikum rakan-rakan semua,

Jangan lupa malam ini, kita berkumpul di Restauran Tupai-Tupai, Seksyen 13, Shah Alam.



PETA KE RESTAURAN TUPAI-TUPAI SHAH ALAM


Gambar-gambar yang di ambil boleh di 'share' bersama di WA, supaya dapat dimasukkan di dalam blog ini

SELAMAT MENJAMU SELERA

Wednesday, January 22, 2014

Rahsia Umur


Assalamualaikum kepada sahabat semua. Di sini saya ingin berkongsi artikal yang saya jumpa di laman web yang mungkin dapat memberikan sedikit ilmu kepada kita semua.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?” (Yasiin [ 36 ] : 68)
Ayat di atas menerangkan tentang bagaimana kejadian manusia bermula dari pada bayi, kanak-kanak , remaja , dewasa dan tua. Pada peringkat tua manusia akan menjadi perangai seperti kebudak-budaka. Ini merupakan kitaran hidup semula jadi dalam kehidupan seharian. Namun begitu sebenarnya peringkat umur ini telah terbahagi kepada 10 bahagian:


Sunday, January 19, 2014

‘Steamboat Gathering’ Dan Menyambut Hari Lahir Rakan-Rakan Yang Lahir Dalam Bulan Januari


Program yang berikutnya adalah untuk menyambut harijadi rakan-rakan yang lahir pada bulan Januari (dah masuk 4 series dah...)

Yang telah mengesahkan kehadiran:

1. Cikgu Nurliza                                  2
2. Khairol                                             1
3. Linda                                               1
4. Zila                                                   1
5. Mazilah                                            2+2+1
6. Khairuddin                                      1
7. Anis                                                 2+2
8. Norlia                                              1
9. Faridah                                           1
10. Sakila                                           1+1
11. Samsul Afero                               1
12. Azlan                                             1
13. Syima                                           2+3
14. Suhaimi Othman                          1
15. Abu Talib                                      1

Jumlah
Dewasa: 19
Kanak-Kanak: 8
Bayi: 1

Tempat:             Restauran Tupai-Tupai, Seksyen 13, Shah Alam
Bayaran:            RM32 (Dewasa)
                          RM16 (Kanak-Kanak)

Tema: Touch of Purple

Semua rakan-rakan lain jemput hadir. Yang telah mengesahkan kehadiran boleh datang pada pukul 6:00 petang supaya boleh kita borak-borak lama sikit. 

Ada surau di tempat ini. Restauran ini berdekatan dengan Stadium Shah Alam dan Giant Shah Alam.




Melawat Anak Zuraidah Ishak


Pada 14 Januari 2014, Cikgu Nurliza, Anis, Khairol, Linda, Mazilah dan Noorini telah pergi ke Sime Darby Medical Center, untuk melawat anak Zuraidah, Adik Nursyazwi Syazani bt Nor Razi, yang telah didiagnos kanser paru-paru tahap 3.


Majlis Beramah Mesra Otai 6A Bersama Keluarga


Alhamdulillah program ini telah berjaya diadakan. Ditambah pula dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Imam Muda Hassan dan solat berjemaah. Tazkirah yang disampaikan bertajuk ‘Umur 40 tahun, ke mana halatuju?’. Terima kasih kepada Sdr. Anis kerana dapat menjemput IM Hassan dan juga kepada Cikgu Nurliza kerana menawarkan rumah beliau untuk program ini.

Tuan Pengarah memang telah memaklumkan dari awal lagi, untuk berkumpul seperti reunion hari itu memang sukar untuk diadakan pada kali kedua kerana bukan semua orang dapat melapangkan masa dengan tarikh program yang ditetapkan.

Masakan masing-masing memang sedap sehingga menjilat jari. Bermacam jenis masakan ada.


Bertandang ke Rumah Cikgu Nurliza


Kak Long kita ni memang banyak idea untuk berjimba-jimba,berligat dalam kepala dan terus diterjemahkan dalam  group WA. Apalagi, Cikgu Nurliza pun ada idea juga.

Pada 24 November 2013 Cikgu Nurliza mengajak  Sdr. Anis dan beberapa rakan yang lain ke rumah beliau untuk membincangkan program Otai 6A yang berikutnya.

Kak Long mencadangkan program seterusnya dibuat potluck dan berkumpul bersama keluarga. Cikgu mencadangkan program potluck ini diadakan di rumah beliau.


Berjimba-jimba (tak pasti pulak perkataan ni ada ke tak dalam kamus DBP)


Selepas daripada reunion, ramai kawan-kawan kita berjumpa dan ‘mengeteh’ bersama, berjimba-jimbi bersama, mengeratkan lagi ukhuwwah. Banyak gambar-gambar yang dihantar bila ‘mengeteh’ bersama kawan-kawan.



Saturday, January 18, 2014

Pemergian Bonda Pn Roslinda Mansor (Kak Long) Ke Rahmatullah


Dalam kesibukan untuk merancang reunion, Kak Long kita telah dikejutkan dengan pemergian bonda beliau. Bonda Kak Long telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 1hb November 2013 tidak berapa lama kembali dari menunaikan Haji.  

Walaupun bonda beliau meninggal, Kak Long tetap komited dengan tugasnya bagi memastikan reunion berjalan dengan lancar.


Mesyuarat-Mesyuarat Sebelum Reunion



Beberapa kali pertemuan telah diadakan sebelum reunion bagi memastikan rancangan berjalan dengan lancar.


Mesyuarat diadakan di Kompleks Pasar Taman Dato’ Harun. Mesyuarat juga telah bersetuju melantik Sdr Khairol Azuan sebagai Pengarah Program dan juga Pengarah Seumur Hidup Group Otai 6A. 


MAJLIS PERTEMUAN BEKAS PELAJAR KELAS 6A 1986 SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN TAMAN DATO’ HARUN


Pada hari Selasa 5 November 2013, menjadi detik bersejarah bagi semua bekas pelajar 6A di mana pertemuan pertama kali di adakan di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

Seramai 29 orang bekas pelajar dapat dikumpulkan dari jumlah 51 orang di dalam kelas 6A pada tahun 1986. Lebih bertuah lagi guru kelas 6A pada tahun tersebut dapat dijejaki seterusnya sudi hadir ke majlis ini.

Alhamdulillah majlis ini telah berjaya diadakan.


Selamat Datang Ke Blog Otai 6A






Blog Bekas Pelajar Darjah 6A 1986 SRK Taman Dato' Harun


Blog ini diwujudkan untuk menjalin kembali ukhuwwah bekas pelajar kelas 6A 1986 Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Dato’ Harun yang telah terpisah sejak 1986. Selepas berakhirnya sesi persekolahan tahun 1986, semua pelajar kelas 6A telah membawa haluan masing-masing.


Berkat usaha dua orang sahabat telah menjadikan pertemuan yang tidak diimpikan menjadi kenyataan. 

SRK Taman Dato' Harun
Darjah 6A (1986)