UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Tuesday, February 25, 2014

Gathering pada 1 Mac 2014

Assalamualaikum.

Tuan/Puan,


Bayaran untuk gathering pada 1 Mac 2014 boleh dibuat pada Pn Roslinda Mansor di akaun Maybank 162106736530

Bayaran RM20.80 untuk dewasa. Bayaran kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas juga sebanyak RM20.80.

Bayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya hari Khamis 27 Feb 2014. Walaubagaimanapun, jika tuan/puan tidak sempat, bayaran boleh dibuat pada hari tersebut. 


Jika bayaran telah dibuat, tuan/puan boleh sms/WA pada Pn. Roslinda Mansor.




Monday, February 17, 2014

Aturcara Majlis Sambutan Hari Lahir Cikgu dan Rakan-Rakan




'The harmony green gathering: Cikgu's birthday and our friends' birthday on February, March and April'

Tempat: Anggerik Terrace Coffe House, Hotel UiTM, Shah Alam
Tarikh: 1 Mac 2014 (Sabtu)
Masa: 12:00 pm - 4:00 pm
Tema: 'Touch of Green'
Bayaran: RM20.80


Aturcara Majlis

12:00 pm -2:00 pm : Kehadiran dan Aktiviti Bebas - Sembo (sembang & borak)

2:00 pm : Ucapan Pengerusi Majlis -Lia

2:15 pm : Ucapan Cikgu dan rakan-rakan yang diraikan hari lahir

2:45 pm : Bacaan Doa Selamat : Anis

2:50 pm : Acara Potong Kek (vokal utama lagu 'happy birthday' - Khairol)

3:00 pm : Penyampaian Hadiah (kalau ada la ...)

4:00 pm : Bersurai


Jangan lupa! Lapangkan masa anda untuk menghadiri majlis ini.




Petikan Dari Group WhatsApp: Vitamin F


Vitamin F .............

Why do we have a variety of friends who are all so different in character? How do we get along with them all? I think that each one helps to bring out a "different" part of us.

We joke with one friend. We sit down and talk about serious matters with one. With another we laugh a lot. We may have a coke with one. We listen to one friend's problems. Then we listen to another one's advice for us.

Our friends are all like pieces of a jigsaw puzzle. When completed, they form a treasure box. A treasure of friends!

There are friends who understand us better than we do, who support us through good days and bad days. We all pray together and for each other.

Real Age doctors tell us that friends are good for our health. Dr. Oz calls them Vitamin F (for Friends) and counts the benefits of friends as essential to our well being.

Research shows that people in strong social circles have less risk of depression and terminal strokes. If you enjoy Vitamin F constantly you can be up to 30 years younger than your real age. The warmth of friendship stops stress and even in your most intense moments it decreases the chance of a cardiac arrest or stroke by 50%.

Make an effort to keep a stock of Vitamin F.



Posted by

Cikgu Nurliza Hamzah
14 February 2014
9:42 pm

Petikan Dari Group WhatsApp: Nikmatnya Sakit

Assalamu'alaikum

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم ُ

TAZKIRAH

Nikmatnya sakit

Jika kita redha dengan pemberian sakit oleh Allah, sebenarnya ia boleh menjadi nikmat kepada kita. Antara sebabnya ialah :

1. Sakit Merupakan Satu Ujian Allah

Sesetengah individu mungkin menyempitkan skop ujian dan dugaan itu sebagai perkara-perkara yang negatif dan yang menyedihkan sahaja seperti ditimpa kesusahan, kesedihan, kemiskinan, kematian, kemalangan, kesempitan, kegagalan dan seumpamanya. Sebenarnya ujian itu meliputi semua aspek kehidupan sama ada sesuatu yang baik atau sebaliknya seperti kesihatan atau kesakitan, kebaikan atau keburukan, kegembiraan atau kesedihan dan seumpamanya... sama ada kita lalai, redha atau mengeluh dengan ujian-ujian ini.

2. Sakit Sebagai Sebagai Kaffarah (Penebus Dosa)

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

3. Sakit Asbab Diberikan Ganjaran (Ditinggikan darjat)

Para Rasul dan Nabi adalah maksum (terpelihara daripada melakukan segala jenis dosa). Maka antara sebab mereka ditimpa dengan ujian sakit bukanlah sebagai balasan dari dosa yang dilakukan, akan tetapi untuk meninggikan lagi martabat dan kedudukan mereka.

Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.
(Hadis riwayat Muslim)

Wallahu a'lam


Posted by:

Cikgu Nurliza Hamzah
14 February 2014
7:17 am

Petikan Dari Group WhatsApp: Demi Keluarga


Sedih baca ni.
Ingatan untuk diri sendiri juga ni....

Antara masa kerja mencari gaji dan masa demi anak-anak.

... Kalau dulu, ayah je.. Tapi sekarag, kadang-kadang ibu pun balik lewat...Anak-anak redha di tempat orang... Belajar, bermain, Riang, Kongsi makan dan kongsi penyakit... tak apa, KLINIK ADA!!.

Sepanjang di tempat kerja, anak-anak di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah, Rindu ibu, Tapi... nak cakap rindu tak reti... nak tulis surat, tak reti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 petang diulang, 6:00 petang saat anak nampak ibu dan ayah dia,  anak kita tekad... Dia nak ibu tengok dia .... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sendiri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI sahaja yang anak-anak tahu untuk bagi tau yang... "Ibu saya rindu dan sayang sangat kat ibu....."

TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak-anak bising... Kita marah...
Bila anak-anak main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TENGOK TV,FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah-olah dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorang anak yang rindu  ibu.... Yang rindu ayah.... Yang rindu pelukan ibu... Rindu dukungan ayah... 
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak-lambak boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing-masing makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman-teman...
Fikir ayah ibu yang mulia..
Ingatan bersama.. 


Posted by:

Wan Sharani
14 February 2014
6:37 pm

Petikan Dari Group WhatsApp: Nasihat Seorang Ustaz



Untuk perkongsian:


Ketika kita mengeluh: “eeeiii, aku penat sangat..."

ALLAH menjawab:

(وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat" (An Naba' : 9)


Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku..."

ALLAH menjawab : 
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupan” (Al Baqarah : 286)


Ketika kita mengeluh : “Serabutnyaa..."

ALLAH menjawab : 
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dengan mengingatku hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28)



Ketika kita mengeluh: “Apa yang aku buat ni semua sia-sia..."

ALLAH menjawab : 
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ”
(Al Zalzalah : 7)


Ketika kita mengeluh: “ tak dak sorang pun yang nak tolong aku..."

ALLAH menjawab: 
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60)


Ketika kita mengeluh : “ Aku sedih sangat...”

ALLAH menjawab:

( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)

Jangan banyak mengeluh . Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini , dengan taqwa... Moga-moga Kita Menjadi Insan Yang Bertakwa. 



Posted by:


Sabree
12 February 2014
6.17 am

Petikan Dari Group WhatsApp: Kata-Kata Hikmah & Surat Al-Kautsar

Kata-Kata Hikmah

1. Orang yang tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
- Ustaz Azhar Idrus

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. 
- Ustaz Kazim Elias

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..." 
- Ustaz Don Daniyal

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. 
- Datuk Ismail Kamus

5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , at least kalau mati , mati dalam solat 
- Ustaz Haslin Baharin

6. "Selepas solat jangan tergesa-gesa, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun” 
- Al-Habib Ali Zainal

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. 
-TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
- Sheikh Abdullah Jahaf.

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. 
- Ustaz Dasuki Rani 

10. Jangan cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!", Tapi cakap:"Jom solat, nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama-sama ya.InsyaAllah" 
 - TG Harun Din 

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
-Ustaz Pahrol.



RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR
 

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di syurga, kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:

1. baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T memakbulkan doa kita.

2. jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, insya Allah hilang dahaga

3. jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x mudah-mudahan Allah S.W.T bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

5. jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

6. jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk kevtika menunaikan solat

7. jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Posted by:

Rosnah Abd Halim
16 February 2014
10.51 am

Petikan Dari Group WhatsApp: Ilmu Ikhlas



"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.
"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."
"Tak payah, bawa sahaja karung guni."
"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.
"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.
"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu,"
kata guru itu memberi arahan.
Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui di sepanjang jalan.
"Cukup?" tanya anak muridnya.
"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.
"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"
"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"
"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.
"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.
"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli,"
kata seseorang yang lain.
"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi.
"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"
"Tak buat apa-apa"
"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.
"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."
"Ikhlas?"si murid kehairanan.
"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"
"Dengan memikul batu-batu ini?"
"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli.
Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"
"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."
"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"

Posted by:

Roslinda
14 February 2014
11.02 am

Petikan Dari Group WhatsApp: Harta vs Ilmu



Rasulullah pernah bersabda: “Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya.”
Oleh kerana kemasyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui Saidina Ali, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.

Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta? 10 Jawapan Saidina Ali...
1. ILMU ebih utama kerana ilmu adalah pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.

2. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjaga kamu, sedangkan harta, engkaulah yang harus memeliharanya.

3. ILMU lebih utama kerana harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi banyak musuh, sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyai banyak sahabat.

4. ILMU lebih utama kerana harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarkan akan semakin bertambah.

5. ILMU lebih utama kerana orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yang banyak ilmu selalu diberi gelaran dengan nama yang mulia dan megah.

6. ILMU lebih utama kerana  orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu pula diberi syafa’at pada hari kiamat.

7. ILMU lebih utama kerana ilmu membawa ketenangan dan cahaya, sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.

8. ILMU lebih utama kerana harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu takkan habis walaupun tidak ditambah.

9. ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjadikan orang yg berilmu itu bersikap lemah lembut, sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.

10.ILMU lebih utama kerana orang yang berilmu termasuk ubudiyyah(pengabdian) yang diberi pahala oleh Allah S.W.T, sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).

Para ulama’ itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali yang berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama. Maka kesepuluh ulama’ tersebut akhirnya mengakui kepandaian Saidina Ali, dan mereka menjadi lebih hormat lagi terhadap Ali berikutan ILMU yang dimiliki olehnya itu..

Wassalam

Posted by:


Sabree
9 February 2014 
12.22 pm

Petikan Dari Group WhatsApp: Usia Kita

Assalamu’alaikum,

Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. 

Allah SWT. berfirman,

حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)

Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.

Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah.

Pada ayat yang lain, firman Allah;

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ

"Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?"   (al-Fathir: 37)

Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.

Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.

Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya)  Kematangan.

Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. 

Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:

“Dibangkitkan Rasulullah S.A.W pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad S.A.W. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan-jabatan elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu:

1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah SAW.,

لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi." (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah SWT. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah SWT. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. 

Abdullah bin Abbas RA. dalam suatu riwayat berkata, 

Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan   menginjak usia 40 tahun?

1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.

Jika ada yang mengatakan bahawa: 'Life began at forty', saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.

Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ,"Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".

Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam AS. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah SWT. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..

Wallahu a’lam


Posted by:

Samsul Afero
4 February 2014
1.51 am.