UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Thursday, January 8, 2015

Melawat Sdr Saharuddin Salleh di PPUM

Pada 3 Januari 2015, Otai6a telah melawat salah seorang sahabat kita, Sdr Saharuddin (Ateng) yang telah terlantar sakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya.  Marlina telah memaklumkan keadaan Ateng di dalam group telegram dan Otai6a telah membuat lawatan pada hari Sabtu yang lalu. Kami dimaklumkan Ateng telah pun berada di hospital sejak 3 bulan yang lalu.

Keadaan Ateng amat menyedihkan. Beliau telah diserang strok yang teruk. Beliau bernafas melalui lubang di kerongkong dan makan di tiub yang telah ditebuk di perut. Otaknya juga telah 'lumpuh'.

Ateng telah pun di'discharged' dari wad pada 7 Januari 2015. Sdr. Khairuddin telah melawat beliau di rumah pada tengahari tadi, 8 Januari 2015 dan telah menyerahkan duit sumbangan yang disumbangkan oleh sahabat Otai6a pada ibu Ateng.

Kami juga telah dimaklumkan ibu Ateng telah berhenti kerja demi menjaga Ateng yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.




Semasa sihat...
























 Selepas melawat Ateng, kami mengambil kesempatan berkumpul, apa lagi mengeteh le... di Food Court PPUM. Pada hari itu juga kami sempat wish Kak Ngah ...happy birthday...sebab birthday Kak Ngah keesokkan harinya. Terima kasih pada Azlan sebab belanja roti dan Along sebab sponsor air teh..terima kasih daun keladi ... he he he  ....








Tuesday, January 6, 2015

Meraikan Hari Lahir Sahabat Otai6a Bagi Bulan Oktober, November Dan Disember


Pada 21 Disember 2014, group Otai6a mengadakan majlis sambutan hari lahir sahabat Otai6a untuk bulan Oktober, November dan Disember. Majlis ini diadakan di KFC Tesco Ara Damansara. Alhamdulillah, buat pertama kalinya Zuraidah Ishak dan keluarga dapat turut serta dalam majlis ini.


Dalam majlis ini juga Cikgu Nurliza mengambil kesempatan memaklumkan serta menjemput Otai6a ke majlis perkahwinan anak sulung beliau pada 28 Mac 2015 di rumah beliau. Cikgu Nurliza juga mengalu-alukan sahabat Otai6a yang berkelapangan untuk membantu beliau dalam majlis ini. Ianya akan dimaklumkan dalam group telegram dari masa ke semasa.


Sambutan hari lahir ini merupakan aktiviti terakhir Otai6a bagi tahun 2014. Mungkin pada tahun 2015, kita boleh merancang pelbagai aktiviti bagi group Otai6a.

Ukhuwwah Till Jannah

Bapa Pn Syima Meninggal Dunia



Pada 3 Disember 2014, kita dikejutkan dengan  berita kematian bapa kepada Pn Syima, Hj Saidon yang telah meninggal dunia di PPUM. Jenazah beliau telah solatkan di Masjid Jumhuriyah, Taman Dato' Harun dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang. 

Sahabat Otai6a mengucapkan takziah kepada Pn. Syima sekeluarga. Di doakan roh Allahyarham akan ditempatkan bersama-sama para solihin. 

Al-Fatihah....

Gambar ini semasa melawat bapa Syima di PPUM

























Cikgu Nurliza dan Anis mengunjungi Syima di rumah    


Bacaan Yasin dan Tahlil di rumah Syima

Meraikan Sdri Faridah Ahmad Yang Akan Melangsungkan Hari Perkahwinan



Pada 15 Oktober 2014, sahabat Otai6a telah menganjurkan majlis makan-makan bagi meraikan Sdri. Faridah Ahmad yang bakal melangsungkan perkahwinan beliau pada 26 Oktober 2014. Majlis diadakan di Kenny Rogers, Subang Parade.

Alhamdulillah, ramai juga Otai6a yang hadir walau pun pada hari tersebut hujan sangat lebat, banjir dan kesesakan lalulintas yang sangat luar biasa. Tapi semangat ukhuwah yang kental semua itu dapat diredah untuk meraikan sahabat kita, Faridah Ahmad.

Gambar Kenang-Kenangan




Melawat Sdr Khairolazuan Di Hospital


Pada 13 Oktober 2014 yang lalu sahabat Otai6a telah melawat Sdr Khairol (Along) yang telah dimasukkan ke hospital di Shah Alam kerana disyaki demam denggi.

 Along, merangkap Pengerusi Otai6a, telah beberapa hari berada di hospital. Itu pun dia cuba sorokkan daripada Otai6a mengenai keadaan beliau.









Alhamdulillah sekarang ini beliau telah sihat sepenuhnya.

Assalamu'alaikum

Assalamu'alaikum,

Dah lama admin tak update blog Otai6a ni... sibuk sikit je ...Insya Allah admin akan cuba cover balik peristiwa-peristiwa yang telah berlaku sepanjang beberapa bulan ini. 

Secara umumnya banyak perkara yang berlaku dan admin akan cuba masukkan di dalam blog ini setiap peristiwa yang berlaku terutama sekali pada sahabat Otai6a, Insya Allah.

Hari Perkahwinan Pn Faridah Ahmad Dengan Marzuki Yahya

Pada 26 Oktober 2014, sahabat Otai6a, Faridah Ahmad telah selamat diijabkabulkan dengan Marzuki Yahya di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan. Majlis perkahwinan beliau juga telah diadakan pada hari yang sama di rumah ibu Faridah di Taman Medan.

Gambar Kenang-Kenangan



Video Semasa Akad Nikah.



Semoga perkahwinan Faridah dan Marzuki akan berkekalan sehingga akhir hayat.