UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Wednesday, July 30, 2014

Hari Raya Otai 1435H 2014


Gambar-gambar raya keluarga otai yang diceduk dari FB dan WA. Maaf sebab posting gambar kalian semua di blog otai tanpa kebenaran. Gambar otai yang lain saya tak jumpa....sudi-sudikanlah share gambar raya kalian. 

Keluarga Khairol

Thursday, July 24, 2014

Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan



Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu &
Yang Jangan DiLakukan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman


Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.


Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.  

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah.

Monday, July 21, 2014

Doa


Assalamu'alaikum. 



Ya Allah, kami bersyukur  diatas nikmat daripada Mu Ya Allah. 
Ya Allah bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami dan elokkanlah urusan dunia kami. 
Ya Allah elokkanlah juga urusan akhirat kami. 

Ya Allah bukakanlah bagi kami pintu-pintu kurnia Mu, turunkan untuk kami barakah-barakah Mu. Berilah keampunan keatas segala dosa-dosa kami dan tempatkan kami di dalam syurgaMu yang luas. 

Ya Allah pada hari-hari terakhir Ramadhan ini berilah kami ketakwaan dan kekuatan untuk melakukan sebanyak ibadah yang termampu agar kami dapat menikmati Lailatul Qadar seperti yang Engkau janjikan. 

Ya Allah jika ada diantara kami yang sedang sakit, sembuhkan penyakitnya.Ya Allah, agar mereka dapat beribadah bersama kami.  

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang kesulitan rezeki, atau ada benih-benih sakit hati di hatinya, bantulah mereka mengatasinya Ya Allah. 

Ya Allah jika kami pernah menyakiti atau menzalimi seseorang, bukakanlah pintu hatinya agar memaafkan kami. 

Ya Allah jadikanlah Ramadhan kali ini  Ramadhan yang terbaik bagi kami. 
Ya Allah janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

Ya Allah jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami. 
Ya Allah terimalah amalan kami, terimalah taubat kami,ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami syurgaMu. 

Ya Allah ampunkanlah  juga dosa kedua ibubapa kami, anak, suami/isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami dan sekalian  muslimin muslimat dimana saja mereka berada. 
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.
 

Ramadhan 1435H - Minggu Terakhir

Assalamu'alaikum,

Sahabat semua, 

Ramadhan kian hampir ke penghujungnya. Oleh itu, marilah kita tambahkan dan giatkan lagi amalan kita disaat-saat akhir ini kerana kita tidak pasti lagi samada dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Perbanyakkanlah solat, baca al-quran, zikir dan sebagainya dan jangan lupa sentiasa memohon ampun dari Allah SWT agar dosa-dosa kita diampunkan sebelum Ramadhan ini berakhir.

Insya Allah.


Jemputan Ke Majlis Minum Petang Santai Hari Raya Cikgu Nurliza


Assalamu'alaikum,

Sukacita dimaklumkan Cikgu Nurliza menjemput otai semua hadir ke Majlis Minum Petang Santai Hari Raya bersama keluarga di rumah Cikgu Nurliza di Sunway Damansara pada tarikh dan waktu seperti berikut:

Tarikh: 2hb Ogos 2014
Hari: Sabtu 
Masa: 3 pm - 7 pm

Sesiapa yang berkelapangan pada tarikh tersebut dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.

Hadith Mengenai solat-solat sunat dan doa yang ma'thur


Hadith sahih mengenai solat sunat dan doa yang ma'thur.


Hadith Mengenai Perkara Yang Berkaitan Dengan Solat

Hadith sahih mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan solat.



Hadith Mengenai Rukun Islam, Cabang Iman dan Janji Allah

Hadith sahih mengenai rukun Islam, cabang iman dan janji Allah.