UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Sunday, March 2, 2014

Nukilan Nurliza Hamzah untuk Otai 6A

Assalamu'alaikum,


Selamat Hari Jadi, Cikgu”. Satu ungkapan yang penuh makna akan dilafazkan setiap kali hadirnya 01.03. Dalam ingatan ini, sepanjang dibangku sekolah, hari istimewa ini disambut dengan teman-teman sedarjah. Kemudian, menjejak kaki ke maktab perguruan dan seterunya ke menara gading juga diraikan bersama teman-teman seperjuangan. Setelah disunting sebagai seorang isteri, hari jadi ku disambut disamping si dia. Terbina satu keluarga, bersama-sama meraikan dengan anak-anak tercinta. Sepanjang riwayatku, tidak pernah hari jadi ku disambut bersama kedua orang tua ku. Tiada ucapan, jauh sekali sebuah hadiah ‘hari lahir’. Namun, setiap minggu atau selang dua minggu, ayah dan ibu akan membawa ku dan adik lelaki menjamu selera. Hari-hari tersebut amat istimewa buat ku. Apabila dibawa bercuti, akan dibeli sepasang baju, sebagai hadiah. Kisah sedih ini tidak ku ceritakan pada mana-mana insan didunia ini, cuma luahan hati bersama anak-anak secara bersahaja tanpa membawa makna yang mendalam; ianya disimpan dengan rapi di sudut sanubari ini. Mungkin, apabila dihayati perjalanan hidup kalian mungkin ada persamaan dengan apa yang ku lalui.





Hari ini, terpanggil aku untuk berkongsi bersama kisah duka yang ku alami : sepanjang zaman kanak-kanak, ku tempohi dengan tabah kerana ibuku sentiasa sakit. Ayah selalu berada di sisinya hingga,  akhirnya Allah menjemputnya pada tanggal 12.02.01. Tinggal lah aku seorang untuk menempuh duri ranjau di hadapan ku; yang pasti aku harus menempuhnya dengan sabar dan yakin. Duniaku adalah ayahku. Semua yang ku ambil dari wataknya - dari segi kerja: cekal, berani, garang, bertanggungjawab; dari segi sosial : ramah, rajin, bersedia, periang dan paling  ku senangi, dia membelai kedua-dua anaknya dengan penuh kasih sayang. Didikan agama yang mantap telah diberikan, pendek kata, dia berjaya mendidik anak-anak nya. Alhamdulillah,  Nurliza dapat berdiri  di bumi Allah setelah dibentuk oleh bapa ku dan Alhamdulillah, adik lelaki ku telah mengimamkan jenazah kedua ibu-bapa ku sebagai hadiah terakhir beliau kepada merka. Syukur.... walaupun hanya dua orang anak yang diamanahkan oleh kedua orang tua ku, inilah hasilnya.... Tanpa mereka, mungkin aku tidak terbentuk sebegini rupa tetapi aku dan adik lelaki ku akan terus menjalankan tugas yang diberi oleh Pencipta yang Maha Agong. Tiada penyesalan disetiap detik perjalanan hidup ini, walaupun adakalanya kecundang dan rebah, ku gagahkan juga untuk kembali tegak berdiri kerana bukan kita yang menentukan segalanya.

Tahun berganti tahun, suka duka, pahit manis kehidupan telah ku lalui. Kejayaan demi kejayaan ku tempuhi namun Allah juga yang mengetahui perjalanan hidupku. Aku kembali bersendirian ditemani oleh tiga orang anak ku yang telah ku didik hingga ke menara gading. Semangat yang kutiup, membakar jiwa mereka untuk menimba ilmu kerana apa yang kulakukan terhadap mereka akan ku jawab di hadapan Rabbul Jalil. Pengorbanan demi pengorbanan ku lakukan dan ianya mengajar dan mendidik diri ini lebih yakin dan berfikiran luas, positif, jauh dan tajam untuk mengharungi ‘lautan yang datang dengan ombak dan badai yang menggunung’. Walaupun satu ketika dulu hidup ini penuh dengan linangan airmata; tetap ku redah jua arus dunia ini keseorangan, tanpa bantuan dari mana insan demi menjaga maruah diri dan keluarga. Tapi, kini tidak lagi tu titiskan air mata dengan sia-sia – airmata ini hanya untuk Mu.

Tanggal 05.11.13, tarikh keramat pertemuan di antara seorang guru dengan anak-anak murid yang telah terpisah selama 27 tahun. Tidak akan ku persiakan hayat ini. Ingin ku habiskan sisa-sisa hidup ku bersama kalian dengan aktiviti dan rancangan yang membawa ikatan ukhwah yang kukuh dan jitu. Hadiah hari jadi yang paling istimewa, pada tahun ini, 2014, di usia 53 akan ku kenang hingga akhir hayatku.  Jarak usia hanya 13 tahun bersama kalian tetapi rasa seperti bersama-sama dengan teman-teman seperjuangan ku. Walaupun, aku kehilangan satu yang kucintai namun 50 yang hilang, datang semula menyayangi diri ini.

Ya Allah, ku sujud dan bersyukur dengan limpah kurnia Mu, Kau pertemukan insan-insan yang dulunya kanak-kanak riang dan comel di dalam bangunan yang bernama SEKOLAH, kini mereka telah berjaya dengan kerjaya masing-masing dan diberi kehidupan yang selesa dan bahagia.  Akan ku abadikan kenangan indah bersama mu dalam album buat tatapan di kala sunyi dan menjadi contoh teladan kepada anak-anak ku betapa pentingnya ikatan persahabatan antara guru dan murid-murid. Terima kasih murid-muridku.....

Cikgu mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak penganjur kerana dapat menjayakan majils hari jadi ini dengan Mardziah walaupun pada asalnya Samsul Afero, Faizah M dan Norlia akan diraikan bersama. Tidak ada rezeki tahun ini, in sya Allah di masa-masa akan datang , di majlis hari jadi yang lain kita dapat meraikan bersama. Kalau tiada ucapan untuk Cikgu pun, tak mengapa mungkin tiada kesempatan masa, tiada FB, tiada WA, tidak ingat pun tarikh lahir cikgu waima tidak tahu. TIDAK MENGAPA. Otai ‘86 tetap di hati cikgu. Tiada kata lagi hendak diucapkan melainkan dengan ALLAHU AKBAR.


Antara ucapan yang diterima :


01.03.2014

12.00 am : Zila Jamaluddin

Happy Birthday Cikgu......
Moga sentiasa dikuniakn kesihatan yg baik... dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur....
Moga hari hari yg mendatang sentiasa menceriakan Cikgu.....

####################################################################

12.01 am : Mazilah

Heppi birthday cikgu
Smga diberi kesihatan yg baik....
Dimurahkan rezeki sllu
Dan sentiasa diberi keberkatan dlm hidup.....

####################################################################

12.04 am : Norlia

Selamat Ulangtahun Cikgu Liza.... smoga diberi kesihatan yg baik... anak2 yg soleh... dimurahkan rezeki... stay anggun n menarik selalu.... love u cikgu

####################################################################

12.07 am : Sakilawati

Selamat hari lahir cikgu...
Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur n ceria selalu.

###################################################################

12.21 am : Azlan Jizam

Otanjyobi ...omedetou...
Ii toshi nari you ni .... Liza Sensei.

###################################################################

1.49 am : Anis

Selamat Hari Lahir buat cikgu yg dihormati dan disayangi.

Moga dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dari Ilahi serta dipanjangkan umur oleh Allah dengan penuh keberkatan serta beroleh kesihatan yang teguh agar dapat meneruskan amanah selaku pendidik yg disegani....

Cikgu....
Terima kasih atas budi dan jasamu mendidik kami menjadi anak bangsa yg berjaya.....

“SELAMAT  HARI LAHIR CIKGU”

####################################################################

6.05 am : Khairuddin

Selamat Hari Lahir Cikgu, moga panjang umur dan dimurahkan rezeki disamping berbahagia bersama keluarga.

####################################################################

6.13 am : Lindashaheem

Happy birthday buat cikgu Nurliza yg dikasihi dan dihormati. Semoga cikgu selalu sihat dan tenang dalam rahmatNya.

Stay happy and cute as always. We love you teacher. Once a teacher forever teacher.

Thanks a zillion.

####################################################################

6.18 am : Sabree

As salam, Happy Birthday Cikgu.

####################################################################

7.14 am : Rosnah Abdul Halim

Happy birthday cikgu! Semoga panjang umur, murah rezeki dan gembira selalu disamping keluarga tercinta. Semoga cikgu sentiasa anggun, menawan dan sentiasa dlm rahmat Allah, amin.... Terima kasih cikgu kerana sentiasa bersama kami....sayang cikgu selamanya..

####################################################################

8.04 am : Reen Alias

Happy Birthday to my beloved teacher Puan Nurliza Hamzah.. may Allah showers you with His blessing... may He grant you with wealth, health and happiness... may He be with you through your sorrow so that you can be strong.... may Allah SWT always be with you so that you won’t be alone for even a second... may He grant you with greater health when He test you with sickness In sya Allah... may Allah grant you your wishes that will be good for you present, for your future and most of all your religion..on top of all, may He keeps you under the protection of His angels, guides you well through your Dunya and prepares you well for your Akhirah... May He showers you with Rezq ... in sya Allah.

###################################################################

8.37 am : Khairol

Tiap insan punya cara dan sentuhan yang berbeza utk meraikan hari ini. Lebih beda andai saat diraikan bersama org yg melahirkan dan memimpin kita menyusur denai dan lorong2 kedewasaan.
Suka, duka, tawa, riang, cinta, rindu, kasih, resah, benci, ragu, kecewa adalah pacuan hati dlm merentet ke usia kini.

Kadang terfikir apakah sumbangan kita terhadap insan sekeliling ... ibubapa, kekasih, keluarga, sahabat, musuh dlm mengharung hari2. Apakhak jua kita mampu melakar titik dan coretan pelangi di hati dan jiwa mereka.

Hari ini 01.03.61...... lahirnya insan seorng insan yg mempu memberi sentuhan berbeza dlm memacu hidup sebilangan insan yg bertuah utk tertawa ria ke usia kini. Insan tersebut dgn ikhlas dan penuh azam telah melakae sentuhan pelangi indah dijiwa insan disekelilinginya.

Pesanan buat insan tersebut......
Jgn berhenti menyanyangi kami,
Jgn berhenti mengingati kami
Jgn berhenti merestui kami, dan
Jgn berhenti mendoakan  kami

Nukilan ini tidak mengandungi bahan perasa, pewarna dan pengawet tambahan.
Begitu nukilan ini buat insan yg sentiasa manis, penuh warna warni dan sentiasa segar dlm menzahirkan impian setiap insan untuk menjadi khalifah sesempurna mungkin spt yg dituntut olehNya.

Selamat menyambut ulangtahun kedewasaan yang ke 53 utk guruku, ibuku, sahabatku, idolaku, pemimpinku, serikandiku... Puan Nurliza Hamzah.

Moga Allah terus memberi kasih sayang, hidayah, kekuatan, kesihatan, kemudahan, kegembiraan, keimanan, kebijaksanaan dan usia hebat utkmu.

Hidup menang, mati syurga utkmu....

####################################################################

8.43 am : Suhaizard Ghani

Selamat hari lahir cikgu......

####################################################################

9.40 am : Syima Saidon

Selamat hari lahir cikgu Pn Nurliza Hamzah....
Semoga dimurahkan rezeki.... Dpanjangkan umur........ Ceria n sihat selalu.

###################################################################

10.39 am : Ramli

Kepada yang menyambut hari kelahiran pada bulan Mac diucapkan Selamat Hari Lahir. Semoga sentiasa dirahmati oleh Allah SWT

####################################################################

2.14 pm : Suhaimi Sahar

Selamat Hari lahir buat Cikgu Liza n teman2 yg lain Semoga Hidup semakin menjadi2..... (Yang ketika itu berada di Jakarta)

####################################################################

4.16 pm : Wan Sharani

Cikgu... maafkan sy tak dapat hadir.... Selamat hari lahir cikgu dan rakan2 semua. Semoga rahmat Allah mengiringi perjalanan hidup kalian didunia hingga akhirat. Smoga silaturrahim kekal hingga keakhirnya. Salam sayang buat semua.....

####################################################################

8.32 pm : Shahriman

Pada cikgu selamat menyambut hari kelahiran ... semoga diberi kesihatan dikurniakan kebahagiaan dan rezeki juga Pohon dihalalkan ilmu yg diberi kepada saya....

*Dalam FB , Shariman juga menyambut hari jadi bulan Mac tapi tarikh tidak diberitahu.

###################################################################


3 comments:

Anonymous said...

Menarik nafas pjg..kala membaca cetusan rasa cikgu ini...
Terasa hati kita kian bertaut dgn kasih syg .
Semoga Allah selalu pelihara cikgu..dan kita terus bersilaturahim hingga ke hujung usia..InsyaAlllah

Salam syg,
Linda

Anonymous said...

Wajah yg nyembunyikn duka... dkaburi dgn gelak tawa... rencah khidupn yg tsisip rapi ... mgajar dgn pnuh ktegasan .... sifat keibuan yg tserlah... itulah cikgu kami... CIKGU NURLIZA HAMZAH...
Tulus ikhlas
Syima

Anonymous said...

Terharu dan tersentuh dgn nukilan Cikgu..Akan dijadikan inspirasi juga buat diri ini dlm melalui hari hari mendatang.

Salam saying,
Zila