UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Thursday, March 6, 2014

Petikan Dari Group WhatsApp: Ayuh Dirikanlah Solat Witir


  ﺍلسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد سيد المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين.



Sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian.



Peruntukkanlah masa anda untuk melakukan solat witir dan beristiqomahlah dalam melakukannya.

Ini kerana solat witir adalah solat sunat muakkadah dan ada riwayat yang menyatakan Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat witir walaupun ketika Baginda bermukim ataupun bermusafir.

Solat witir dilakukan setelah solat Isyak sehingga menjelang fajar. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan sehingga subuh.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

"Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir." 

( hadith riwayat Bukhari dlm Shahihnya, Kitab al-witr, no 998)

Solat witir boleh dilakukan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua rakaat , dua rakaat , dan diakhiri dengan 1 rakaat.

Ianya boleh juga dilakukan dengan:
a) 3 rakaat 1 salam, atau 
b) 5 rakaat 1 salam atau 
c) 7 rakaat satu salam atau 
d) 9 rakaat 1 salam dengan tasyahhud awal pada rakaat kelapan dan tasyahhud akhir pada rakaat ke sembilan





Sekiranya dirasakan kita tak dapat bangun solat tahajjud, maka kita boleh terus solat witir selepas solat Isyak.

Sebaiknya kita lakukan solat witir ini seperti solat fardhu, jangan tinggalkannya. Walau sibuk sangat macamana pun buatlah solat witir, walaupun1 rakaat.

Saya yakin, kita semua pergi kerja bangun pagi awal, sebelum subuh, sekarang pun waktu subuh agak lewat, maka masih lagi boleh solat witir. Sesudah azan subuh, solat sunat 2 rakaat kemudian solat subuh.

Jika tidak sempat ke masjid atau surau untuk berjemaah, usahakan untuk solat subuh berjemaah bersama keluarga di rumah, bersama isteri dan anak-anak, Insya Allah.



Berbalik kepada solat witir, saya ingin memetik kata-kata Ustaz Umar Muhammad Noor dari FB beliau,

 " Solat witir dalam mazhab Syafii sunnah muakkadah, tapi dalam mazhab Hanafi hukumnya wajib. Kedua-duanya bermakna, solat ini terlalu besar pahalanya untuk ditinggalkan. Sedapat mungkin lakukanlah solat Witir sebelum tidur. Kita tak tahu, adakah esok paginya kita akan bangun lagi ataukah tidak..."

Walaupun kita telah melakukan solat witir awal, jika terbangun malam, kita boleh melakukan solat sunat yang lain tanpa perlu mengulangi solat witir.

Kepada sahabat-sahabat yang telah pun mengamalkannya, Alhamdulillah, teruskanlah kerana setiap amalan yang baik ada ganjarannya dari Allah SWT.

INSYA ALLAH, marilah kita bersama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah SAW ini dan jadikanlah ianya sebagai rutin harian kita.




والله أعلم..

محمد خيرالدين بن مناﻥ
 22 Feb 2014
  5:55 am


1 comment:

Anonymous said...

InsyaAlllah

Tq din atas dakwah perkongsian ilmu