UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Monday, September 15, 2014

Mengeteh Bersama Pn Ruzila (aka Kak Ngah) Sebelum Berlepas Ke Tanah Suci Untuk Menunaikan Umrah Pada 20/6/2014


Admin lupa nak post sesi ngeteh Otai6a bersama Kak Ngah sehari sebelum Kak Ngah berlepas ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama ibu dan saudaranya yang lain.

Kak Ngah pergi umrah pada 21 Jun 2014 - 3 Julai 2014. Alhamdulillah telah pulang dengan selamat. Sorry yea K.Ngah sebab lambat post berita.



Sunday, September 14, 2014

Majlis Pernikahan Rosnah Abd Halim Dengan Wahid Sulaiman

Alhamdulillah pada 11 September 2014, Otai6a berpeluang menyaksikan majlis pernikahan geng otai, Rosnah Abd Halim dengan pasangan beliau Wahid Sulaiman yang diadakan di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan.

Selamat Pengantin Baru kepada Rosnah dan Wahid. Semoga perkahwinan anda berkekalan ke akhir hayat.

Insya Allah, bulan Oktober ini kita akan saksikan seorang lagi geng otai6a yang akan melangsungkan perkahwinan.




Beraya Di Rumah Wan Sharani

Pada 23 Ogos 2014 yang lalu Otai6a telah beraya di rumah Wan Sharani dan juga mengambil peluang ini dengan persetujuan puan rumah, meraikan hari lahir otai yang lahir pada bulan Julai, Ogos dan September. Bagi pihak otai semua, kami mengucapkan terima kasih pada Wan kerana sudi menjemput otai beraya di rumah Wan dan juga meraikan hari lahir otai.

Di bawah ini sekitar gambar-gambar untuk kenangan otai yang beraya di rumah Wan.


Beraya Di Rumah Ibu Pn Ruzila aka Kak Ngah

Gambar-gambar sekitar otai beraya di rumah ibu Kak Ngah di Shah Alam pada 17 Ogos yang lalu.


Monday, August 4, 2014

Beraya Di Rumah Tarwiyati (Wiwik)


Mazilah, Kak Ngah dengan Kak Long beraya di rumah Wiwik.

"..eh eh ...sapa pulak yang datang ni...baru aku  nak sapu rumah .."

Berhari Raya Di Rumah Cikgu Nurliza


Gambar-gambar kenangan otai-otai beraya di rumah Cikgu Nurliza.


Apa la yang cikgu cakap kat Lan...

Wednesday, July 30, 2014

Hari Raya Otai 1435H 2014


Gambar-gambar raya keluarga otai yang diceduk dari FB dan WA. Maaf sebab posting gambar kalian semua di blog otai tanpa kebenaran. Gambar otai yang lain saya tak jumpa....sudi-sudikanlah share gambar raya kalian. 

Keluarga Khairol

Thursday, July 24, 2014

Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan



Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu &
Yang Jangan DiLakukan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman


Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.


Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.  

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah.

Monday, July 21, 2014

Doa


Assalamu'alaikum. 



Ya Allah, kami bersyukur  diatas nikmat daripada Mu Ya Allah. 
Ya Allah bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami dan elokkanlah urusan dunia kami. 
Ya Allah elokkanlah juga urusan akhirat kami. 

Ya Allah bukakanlah bagi kami pintu-pintu kurnia Mu, turunkan untuk kami barakah-barakah Mu. Berilah keampunan keatas segala dosa-dosa kami dan tempatkan kami di dalam syurgaMu yang luas. 

Ya Allah pada hari-hari terakhir Ramadhan ini berilah kami ketakwaan dan kekuatan untuk melakukan sebanyak ibadah yang termampu agar kami dapat menikmati Lailatul Qadar seperti yang Engkau janjikan. 

Ya Allah jika ada diantara kami yang sedang sakit, sembuhkan penyakitnya.Ya Allah, agar mereka dapat beribadah bersama kami.  

Ya Allah jika hari ini ada diantara kami yang kesulitan rezeki, atau ada benih-benih sakit hati di hatinya, bantulah mereka mengatasinya Ya Allah. 

Ya Allah jika kami pernah menyakiti atau menzalimi seseorang, bukakanlah pintu hatinya agar memaafkan kami. 

Ya Allah jadikanlah Ramadhan kali ini  Ramadhan yang terbaik bagi kami. 
Ya Allah janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

Ya Allah jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami. 
Ya Allah terimalah amalan kami, terimalah taubat kami,ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami syurgaMu. 

Ya Allah ampunkanlah  juga dosa kedua ibubapa kami, anak, suami/isteri kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami dan sekalian  muslimin muslimat dimana saja mereka berada. 
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya. 
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.
 

Ramadhan 1435H - Minggu Terakhir

Assalamu'alaikum,

Sahabat semua, 

Ramadhan kian hampir ke penghujungnya. Oleh itu, marilah kita tambahkan dan giatkan lagi amalan kita disaat-saat akhir ini kerana kita tidak pasti lagi samada dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan.

Perbanyakkanlah solat, baca al-quran, zikir dan sebagainya dan jangan lupa sentiasa memohon ampun dari Allah SWT agar dosa-dosa kita diampunkan sebelum Ramadhan ini berakhir.

Insya Allah.


Jemputan Ke Majlis Minum Petang Santai Hari Raya Cikgu Nurliza


Assalamu'alaikum,

Sukacita dimaklumkan Cikgu Nurliza menjemput otai semua hadir ke Majlis Minum Petang Santai Hari Raya bersama keluarga di rumah Cikgu Nurliza di Sunway Damansara pada tarikh dan waktu seperti berikut:

Tarikh: 2hb Ogos 2014
Hari: Sabtu 
Masa: 3 pm - 7 pm

Sesiapa yang berkelapangan pada tarikh tersebut dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.

Hadith Mengenai solat-solat sunat dan doa yang ma'thur


Hadith sahih mengenai solat sunat dan doa yang ma'thur.


Hadith Mengenai Perkara Yang Berkaitan Dengan Solat

Hadith sahih mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan solat.



Hadith Mengenai Rukun Islam, Cabang Iman dan Janji Allah

Hadith sahih mengenai rukun Islam, cabang iman dan janji Allah.



Saturday, June 28, 2014

Ramadhan Mubarak 1435H

Assalamualaikum,

Sahabat semua, Insya Allah esok kita akan bermula puasa. Marilah kita bersama mengambil peluang ini untuk menambah pahala, dan memohon keampunan dari Allah SWT.

Memperbanyakkan amal ibadah kita dan sentiasa berzikir. Jangan lupa untuk merebut malam Lailatul Qadr.

SELAMAT BERPUASA sahabat semua.

Sunday, June 15, 2014

Ramadan Pesta Makanan. Jom Ubah ke Pesta Ibadah


Tajuk: ‘Ramadan Pesta Makanan. Jom Ubah ke Pesta Ibadah’
Kuliah puasa dari sudut kesihatan oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia).
  • Zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat.
  • Kini Ramadan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan.
  • Ramadan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluargaan.
Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa seperti berikut;
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi berbuka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi pottasium seperti makanan bergula perang bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius pada kesihatan.

Ramadhan: Apa Perlu Buat?

Bersempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, marilah kita memahami artikel di bawah ini, tulisan Dr. Zaharuddin mengenai apa yang perlu dibuat dalam bulan Ramadhan.

_____________________________________________________________________________


Ramadhan : Apa Perlu Buat? 
Oleh : Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Bagi meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .


Petikan Dari Group WhatsApp: Warkah Untuk Ayah (Selamat Hari Bapa)

Warkah Untuk Ayah


APA ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH ... ..   
 


Mungkin Ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari, tapi tahukah kita, sebenarnya Ayahlah yang mengingatkan Ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu tanya," Telefon kan anak kita tu, tanya dia macam mana kerja..."

Sarapan Bersama Geng Otai6a

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, pagi semalam kita dapat bersarapan bersama-sama di Kompleks Pasar Taman Dato' Harun di kedai Kak Nor Mee Jawa. Ingatkan tak ramai yang datang tapi ramai pula yang muncul. 

Semoga ukhuwwah kita berkekalan. Insya Allah ada program yang telah dibincangkan semasa sarapan dalam bulan September ini tapi masih lagi dalam perbincangan.

Terima kasih kepada Suhaimi Othman (SO) sebab belanja kawan-kawan. Terima kasih banyak-banyak SO semoga murah rezeki.




Tuesday, June 3, 2014

Sambutan Hari Lahir dan Ramadan al-Mubarak

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas Otai6a telah mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk sahabat yang lahir dalam bulan Mei, Jun dan Julai iaitu Noorini, Abu Talib, Sabree dan Tarwiyati. Majlis diadakan  di KFC Subang Parade.

Walaupun ada empat orang yang diraikan tapi yang hadir hanya Noorini seorang yang hadir, yang lain tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

Terima kasih kepada Kak Ngah yang telah sponsor goodies dengan hadiah 'Best Dress' untuk lelaki dan perempuan yang telah diungguli oleh Along dengan Noorini.

Di bawah ini gambar-gambar kenangan di sekitar majlis tersebut.



Saturday, May 31, 2014

Di Sekitar Majlis Kenduri Kahwin Adik Lelaki Sdr. Mohd Anis Dan Majlis Kenduri Kak Ngah


Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah selesai sudah menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki Anis, Mohd Anir & Zila Shahira petang tadi yang diadakan di perkarangan Masjid al-Islamiah Kg. Lindungan. 

Di bawah ini gambar-gambar Otai6a yang datang meraikan pengantin dan memeriahkan majlis.

Kak Long yang tak sihat pun, digagahkan juga datang ke majlis ini...tabik Kak Long... Cikgu yang tengah berkursus pun sempat juga hadir.






Meraikan Hari Lahir Dan Kedatangan Ramadan Mubarak

 Assalamu'alaikum,

Otai6a semua, Insya Allah 'gathering' kita yang berikutnya akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 1 Jun 2014 (Ahad)
Masa: 5:00 ptg hingga selesai
Tempat: KFC Subang Parade
Tema: Maroon
Kos: Sendiri-sendiri (.. he..he..he..faham-faham je la.)

Ada 'Best Dress' untuk lelaki dan perempuan. Apa lagi jom Otai6a semua datang ramai-ramai kita bersembang-sembang santai hari Ahad ini sambil meraikan Otai6a yang lahir bulan Mei, Jun dan Julai.







Saturday, May 24, 2014

Di Sekitar Majlis Perkahwinan Adik Kepada Pn Roslinda Mansor, Aisyatul Raihana & Ahmad Ikhlas


Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah baru sahaja selesai menghadiri majlis perkahwinan adik perempuan Kak Long yang diadakan di Dewan Kastam Kelana Jaya.

Di bawah ini sebahagian daripada gambar-gambar Otai yang hadir ke majlis tersebut.



Friday, May 23, 2014

300 Hadis Bimbingan


Assalamu'alaikum sahabat semua,


Di sini saya lampirkan semula hadis-hadis yang telah saya 'post'kan di Group WhatsApp Otai6a bermula 4 Mei 2014 - 19 Mei 2014. Hadis-hadis ini adalah hadis dari Bab 1 : Ilmu dan Ulama yang diambil dari buku 300 Hadis Bimbingan: Ke Arah Mencari Redha Allah terbitan Telaga Biru. Hadis-hadis ini adalah himpunan hadis-hadis sahih.

Hadis yang saya 'post'kan mulai 20 Mei 2014 adalah hadis dari Bab 2: Beramal dan Berjemaah.




Tuesday, May 20, 2014

Jemputan Majlis Perkahwinan Adik Lelaki Sdr Anis



Assalamu'alaikum sahabat semua,

Sahabat kita, Sdr. Anis, akan mengadakan majlis perkahwinan adik lelaki beliau yang akan diadakan seperti berikut:

Hari: Sabtu.
Tarikh: 31 Mei 2014.
Tempat: Perkarangan Masjid Al-Islamiah, Kampung Lindungan, PJS 6.
Masa: 12:00 pm - 3:00 pm.

Sehubungan itu, beliau menjemput sahabat semua ...otai6a...hadir ke majlis tersebut.

Jom kita beramai-ramai memeriahkan majlis kahwin adik Anis..he..he..he... 





Saturday, May 17, 2014

CIKGU NURLIZA HAMZAH: CORETAN MENJADI GURU


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


PERJUANGAN HIDUPKU

Hasrat untuk menjadi seorang pendidik tidak terlintas langsung dalam kotak fikiran ini setelah menduduki peperiksaan MCE ( Malaysian Certificate of Education  -  2 tahun kemudian diganti dengan SPM) pada tahun 1978.  Masih seronok dengan alam remaja, dikelilingi oleh rakan-rakan perempuan; maklumlah menuntut ilmu yang menempatkan murid-murid perempuan sahaja; pilihan arwah bapaku. Sewaktu bersama kawan-kawan, tiada lain - cerita-cerita suka duka untuk menempuh hidup yang penuh pancaroba dimana semuanya akan meninggalkan alam persekolahan.


Bapaku seorang yang berpendirian tegas. Seorang guru sekolah yang berdisiplin dan sangat prihatin akan kemenjadian anak-anaknya. Diri ini diasuh dan dibelai serta diberi pendidikan supaya tahu menghargai apa yang dikehendaki oleh Pencipta yang Maha Agong. Dalam diam-diam, rupanya arwah bapaku telah berhasrat untuk menghantar aku ke maktab perguruan. Masih terngiang-ngiang kata-katanya dalam nada yang lembut, “Jadilah cikgu, kerja separuh hari. Bila dah kahwin separuh hari tu, untuk suami dan anak-anak”. Tapi, hati ini meronta-ronta kerana tidak mahu mengikut jejaknya; hati ini memberitahu yang pekerjaan seorang guru bukan untukku. Aku mahu pekerjaan yang berbentuk lasak dan mencabar.

Thursday, May 8, 2014

JEMPUTAN WALIMATUL URUS ADIK PEREMPUAN PN ROSLINDA MANSOR

Assalamu'alaikum sahabat semua,


Sahabat kita, Kak Long, akan mengadakan majlis perkahwinan adik perempuan beliau seperti berikut:

Tarikh: 24 Mei 2014
Hari: Sabtu
Tempat: Dewan Kastam Kelana Jaya, No.22, Jln 6/3, 47301 Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Dijemput semua sahabat Otai6a hadir memeriahkan majlis tersebut.








Sunday, April 27, 2014

Pelik dan Lagi Pelik

Assalamu'alaikum, 

Sahabat semua, di sini saya lampirkan artikel mengenai Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Semoga ianya dapat memberi iktibar kepada kita semua, Insya Allah.

---------------------------------------------------------------------------------------------



Antara sebelum dengan semasa Ramadan, seolah-olahnya kita orang yang berlainan.

Sebelum Ramadan,

.....membaca al-Quran dua-tiga hari sekali, pun belum tentu.
.....berpuasa sehari sebulan pun berkira-kira
.....solat witir satu rakaat sebelum tidur pun susah, apa lagi dua rakaat solat malam nanti.

Namun semasa Ramadan,

.....tiap-tiap hari membaca al-Quran.
Sebulan ini mesti khatam 30 juzuk, 604 muka surat.
.....tiap-tiap hari menahan lapar dan dahaga.
Biasa sahaja.
.....berpuluh-puluh rakaat solat malam.
Jika tidak ingat solat witir sebelum tidur, sanggup melakukannya semasa bangun sahur.Pelik bukan?

Dan lagi pelik....

Kerana selepas Ramadan, kita menjadi seperti sebelum Ramadan semula. Tiada lagi amalan itu dan ini pada setiap hari.

Kenapa, ya?

Sekali lagi syaitan dipersalahkan. Sepanjang Ramadan kita melatih iman, begitu mudah dikalahkan syaitan yang dibelenggu sebulan? Setidak-tidaknya melekat jua satu amalan untuk dirutinkan selepas Ramadan.

Barangkali....

Kita memang tidak berniat untuk meneruskan amalan selepas Ramadan. Yang kita kejar hanya pahala Ramadan. Kita tidak pernah mengimpikan biarlah Ramadan itu sebulan, tetapi kekalkanlah semangatnya setahun, ya Allah.

Tetapi....

Bukankah matlamat sebenarnya di sebalik puasa Ramadan ialah takwa, bukan pahala.

"Wahai orang Mukmin,difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardukan ke atas kaum sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa."

(Surah al-Baqarah 2: 183) 

Orang bertakwa ialah orang yang giat mengumpul bekalan amalan soleh pada setiap ketika demi bertemu Ilahi. Bukannya bermusim.


Adakah fenomena pelik ini berulang lagi pada Ramadan tahun ini?



Muhammad Luqman Makhtar
Editor Majalah Solusi Isu. 59



Saturday, April 26, 2014

10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah


Dipetik dari: http://detikislam.blogspot.com/2013/12/10-jenis-solat-yang-tidak-diterima-allah.html#


Rasulullah saw bersabda : " Islam dibina di atas lima perkara ; bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah , menegakkan solat .... " ( HR Bukhari dan Muslim ) .

Sebagai seorang Muslim tentu sudah faham bahawa solat merupakan tiang agama. Oleh kerana itu, ketika muadzin mengumandangkan azan, kaum muslimin akan bergerak mendatangi rumah-rumah Allâh Ta'ala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris di belakang imam mereka. Kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allâh Ta'ala dan begitu khusyuk menikmati solat sehingga imam mengucapkan salam. Selepas selesai berjemaah, masing-masing kembali pada aktivitinya.

Imam Hasan al - Bashri rahimahullâh pernah berkata: " Wahai anak manusia. Solat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum solat ".

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: " Barang siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. " ( Tabyinul Mahaarim ).


Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahawa: " 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya :

1 . Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2 . Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3 . Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4 . Orang lelaki yang melarikan diri.

5 . Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya ( taubat ) .

6 . Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7 . Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8 . Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9 . Orang-orang yang suka makan riba ' .

10 . Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. "

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : " Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah. " Hassan r . a berkata : " Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk .



8 Keajaiban Solat Tahajud Yang Ramai Tak Tahu


Dipetik dari: http://detikislam.blogspot.com/2014/04/8-keajaiban-solat-tahajud-yang-ramai.html#



Solat Tahajud adalah solat yang sangat mulia. Ianya termasuk dalam Solat Sunnat Mu’akad (solat yang dituntut oleh Syara’).

Solat Tahajud boleh dikerjakan paling minima sebanyak dua rakaat dan dilakukan sepanjang malam asalkan pelakunya sempat tertidur. Namun waktu yang paling utama untuk melakukannya adalah pada sepertiga akhir dari malam. Pesanan Dari Imam Nawawi:

“Bila engkau tidak mampu bangun malam untuk SOLAT TAHAJUD, juga tidak mampu berPUASA di siang hari,maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana MAKSIAT dan DOSA yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa dari Allah, kerana Dia lah sebaik-baik pelindung..”



Keajaiban Solat Tahajud

Sejarah telah membuktikan bahawa Rasulullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan Solat Tahajud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.  Antara 8 keajaiban Solat Tahajud adalah seperti berikut : 

1. Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata “kalimat yang pertama kali ku dengar dari Rasulullah Saw saat itu adalah, “Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, sambunglah silaturahmi, tegakkan lah shalat malam saat manusia lainnya sedang tidur, niscaya kalian masuk surga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).

2. Menjauhi Penyakit
Salman Al Farisi berkata, Rasulullah Saw bersabda, “Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu,  mendekatkan kamu kepada tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, danmenghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

3. Mengangkat Darjat Manusia
Rasulullah Saw bersabda, “Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah pada solat waktu malam.” (HR. Al Baihaqi)

4. Mendapat Rahmat Allah
Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Semoga Allah merahmati laki-lakiyang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu shalat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)

5. Doa Dikabulkan
Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat Tahajud dengan ikhlas. “Dari Jabir berkata, bahawa Nabi Saw bersabda, “Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

6. Penghapus dosa 
Dari Abu Umamah al-Bahili berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda, “Lakukanlah Qiyamul Lail, karena itu kebiasaan orang saleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa, dan penghalang berbuat salah.” (HR. At-Tirmidzi)

7. Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Saw bersabda, “Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila di solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”

8. Menjaga Kesihatan Rohani Allah SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat Tahajud akan dipelihara peribadinya.
Allah Berfirman, “Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)




Friday, April 25, 2014

Membiasakan Anak ‘HIDUP BERSAMA’ Al-Quran

Dipetik dari : https://ummuayman.wordpress.com/category/ad-din/al-quran-ad-din/

Setiap orang tua pasti menginginkan buah hatinya menjadi anak yang soleh dan solehah. Anaksoleh-solehah merupakan harta yang paling berharga bagi orangtua. Untuk mendapatkan semua itu, tentu harus ada kesungguhan yang tinggi dari orangtua dalam mendidik anak. Salah satu yang wajib diajarkan kepada anak adalah segala hal tentang al-Quran kerana ia adalah pedoman hidup manusia.
Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya): 

Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara: mencintai Nabimu; mencintai ahlul baitnya; dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya; mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci. (HR ath-Thabrani).

Allah SWT berfirman: 

Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan memberikan khabar gembira kepada orang-orang Mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar. (QS al-Isra’ [17]: 9).
Bila al-Quran sebaiknya diajarkan pada anak? Tentu seawal mungkin. Semakin awal semakin baik. Akan sangat bagus jika sejak anak dalam kandungan seolah-olah calon anak kita itu sudah terbiasa ‘hidup bersama’ al-Quran; yakni ketika si ibu yang mengandungnya, rajin membaca al-Quran.

7M Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran
1. Mengenalkan. 

Saat yang paling tepat mengenalkan al-Quran adalah ketika anak sudah mulai tertarik dengan buku. Sayang, banyak orangtua yang lebih suka menyimpan al-Quran di rak almari paling atas. Sesekali perlihatkanlah al-Quran kepada anak sebelum mereka mengenal buku-buku lain, apalagi buku dengan gambar-gambar yang lebih menarik. Mengenalkan al-Quran juga boleh dilakukan dengan mengenalkan terlebih dulu huruf-huruf hijaiyah; bukan mengajarinya membaca, tetapi sekadar memperlihatkannya sebelum anak mengenal A, B, C, D. Tempelkan gambar-gambar tersebut di tempat yang sering dilihat anak; lengkapi dengan gambar dan warna yang menarik. Dengan sering melihat, anak akan terpancing untuk bertanya lebih lanjut. Saat itulah kita boleh memperkenalkan huruf-huruf al-Quran.

2. Memperdengarkan. 

Memperdengarkan ayat-ayat al-Quran boleh dilakukan secara langsung atau dengan memainkan kaset atau CD. Kalau ada teori yang mengatakan bahwa mendengarkan muzik klasik pada janin dalam kandungan akan meningkatkan kecerdasan, insyaAllah memperdengarkan al-Quran akan jauh lebih baik pengaruhnya bagi bayi. Apalagi jika ibunya yang membacanya sendiri. Ketika membaca al-Quran, suasana hati dan fikiran ibu akan menjadi lebih khusyuk dan tenang. Kondisi seperti ini akan sangat membantu perkembangan psikologi janin yang ada dalam kandungan. Ini kerana, secara teori kondisi psikologi ibu tentu akan sangat berpengaruh pada perkembangan bayi, khususnya perkembangan psikologinya. Kondisi tertekan pada ibu tentu akan berpengaruh buruk pada kandungannya. Memperdengarkan al-Quran boleh dilakukan bila-bila sahaja dan di mana sahaja; juga tidak mengenal batas usia anak. Untuk anak-anak yang belum boleh berbicara, insyaAllah lantunan ayat al-Quran itu akan terakam dalam memorinya. Jangan pelik kalau tiba-tiba si kecil lancar melafazkan surah al-Fatihah, misalnya, begitu dia boleh berbicara. Untuk anak yang lebih besar, memperdengarkan ayat-ayat al-Quran (surah-surah pendek) kepadanya terbukti memudahkan si anak menghafalkannya.

3. Menghafalkan. 

Menghafalkan al-Quran boleh dimulai sejak anak lancar berbicara. Mulailah dengan surah atau ayat yang pendek atau potongan ayat (misalnya fastabiq al-khayrât, hudan li an-nâs, birr al-walidayn, dan sebagainya). Menghafal boleh dilakukan dengan cara seringkali membacakan ayat-ayat tersebut kepada anak. Jadi latihlah anak untuk menirunya. Hal ini dilakukan berulang-ulang sampai anak hafal di luar kepala. Masa kanak-kanak adalah masa meniru dan memiliki daya ingat yang luar biasa. Orangtua harus menggunakan kesempatan ini dengan baik jika tidak ingin menyesal kehilangan masa emas (golden age) pada anak. Supaya anak lebih mudah mengingat, ayat yang sedang dihafal anak boleh juga sering dibaca ketika ayah menjadi imam atau ketika naik kereta dalam perjalanan. Disamping anak tidak mudah lupa, hal itu juga sebagai usaha membiasakan diri untuk mengisi kesibukan dengan amalan yang bermanfaat.

Nabi SAW bersabda: 
Demi Zat yang jiwaku ada di tangan-Nya, sesungguhnya hafalan al-Quran itu lebih cepat lepasnya daripada seekor unta pada tambatannya. (HR al-Bukhari dan Muslim).
4. Membaca. 

Siapa saja yang membaca satu huruf dari Kitab Allah maka dia akan mendapat satu kebaikan. Satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kali lipat.

Aku tidak mengatakan bahawa alif-lam-mim adalah satu huruf. Akan tetapi, alif adalah satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf. (HR at-Tirmidzi).
Sungguh luar biasa pahala dan kebaikan yang dijanjikan kepada siapa saja yang biasa membaca al-Quran. Bimbing dan doronglah anak agar terbiasa membaca al-Quran setiap hari walau cuma beberapa ayat. Orangtua penting memberikan contoh. Jadikanlah membaca al-Quran, terutamanya pada pagi hari usai solat subuh atau usai solat maghrib, sebagai kegiatan rutin dalam keluarga. Ajaklah anak-anak yang belum boleh membaca untuk bersama-sama mendengar abang-kakaknya yang sedang membaca al-Quran. Orangtua mempunyai kewajipan untuk mengajarkan kaedah-kaedah dan adab membaca al-Quran. Untuk boleh membaca al-Quran, termasuk mengetahui kaedah-kaedahnya, sekarang ini tidaklah sulit. Telah banyak metode yang ditawarkan untuk boleh mudah dan cepat membaca. Ada metode Iqra, Qiroati dan sebagainya. Metode-metode itu telah terbukti memudahkan ribuan anak-anak bahkan orangtua untuk mahir membaca al-Quran. Alangkah baiknya membaca al-Quran ini dilakukan secara bersama-sama oleh anak-anak di bawah bimbingan orangtua. Ketika seorang anak membaca, yang lain menyemaknya. Jika anak salah membaca, yang lain boleh membetulkan. Dengan cara itu, rumah akan selalu dipenuhi dengan bacaan al-Quran sehingga berkat.
5. Menulis. 

Belajar menulis akan mempermudah anak dalam belajar membaca al-Quran. Ajarkan kepada anak kata-kata tertentu yang mempunyai makna. Dengan begitu, selain anak boleh menulis, sekaligus anak belajar bahasa Arab. Mulailah dengan kata-kata pendek. Misalnya, untuk mengenalkan tiga kata alif, ba, dan dal anak diminta menulis a, ba da (tolong tuliskan Arabnya, ya: a-ba-da) ertinya diam; ba-da-a (yang ini juga) ertinya mulai; dan sebagainya. Sesekali di rumah, cuba adakan lumba menulis ayat al-Quran. Berilah hadiah untuk anak yang paling kemas menulis. Jika anak memiliki kemampuan yang lebih dalam menulis huruf al-Quran, mereka boleh diajari lebih lanjut dengan mempelajari seni kaligrafi. Rangkaian huruf menjadi sukukata yang mengandungi erti bertujuan untuk melatih anak dalam memperkaya kosakata, di samping memberikan kesempatan bagi mereka untuk bertanya tentang setiap kata yang diucapkan serta mengembangkan cita rasa seni mereka. Jadi, tidak hanya bertujuan mengenalkan huruf al-Quran semata-mata.

6. Mengkaji. 

Ajaklah anak mula mempelajari isi al-Quran. Ayah boleh memimpinnya setelah solat maghrib atau subuh. Paling tidak, seminggu sekali pelajaran sekeluarga ini dilakukan. Tajuk yang diketengahkan boleh jadi tajuk-tajuk yang ingin disampaikan berkaitan dengan perkembangan perilaku anak selama satu minggu atau beberapa hari. Kajian bersama, dengan merujuk pada satu atau dua ayat al-Quran ini, sekaligus dapat menjadi sarana tawsiyah untuk seluruh anggota keluarga. Pada waktu yang sama, tajuk yang akan dikaji boleh diserahkan kepada anak-anak. Adakalanya anak diminta untuk memimpin kajian. Orangtua boleh memberi arahan atau pembetulan jika ada hal-hal yang kurang tepat. Cara ini sekaligus untuk melatih keberanian anak menyampaikan isi al-Quran.

7. Mengamalkan dan memperjuangkan. 

Al-Quran tentu bukan hanya untuk dibaca, dihafal dan dikaji. Justeru yang paling penting adalah diamalkan seluruh isinya dan diperjuangkan agar benar-benar dapat menyinari kehidupan manusia. Sampaikan kepada anak tentang kewajiban mengamalkan serta memperjuangkan al-Quran dan pahala yang akan diraihnya. InsyaAllah, hal ini akan memotivasikan anak. Kepada anak juga boleh diceritakan tentang bagaimana para Sahabat dulu yang sangat teguh berpegang pada al-Quran; ceritakan pula bagaimana mereka bersama Rasulullah sepanjang hidupnya berjuang agar al-Quran tegak dalam kehidupan.