UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Sunday, March 30, 2014

Walimatul Urus Adik Lelaki Rosnah Abd Halim

Assalamu'alaikum,

Hari ini 30 Mac 2014, Otai6a menghadiri kenduri kahwin adik lelaki Ros di Taman Dato' Harun. Macam terbiasa pulak, kenduri kahwin dah jadi kenduri Otai6a....he..he..he..jangan marah Ros kawan-kawan datang terbuat macam rumah sendiri. 

Apa-apa pun terima kasih pada Ros kerana menjemput Otai6a. Alhamdulillah, hidangan sedap dan majlis yang meriah.

(Admin minta maaf pada Ros sebab balik cepat tadi...tapi sempat jugak mintak Ros karang ucapan..he..he)


Berikut ucapan Ros untuk Otai6a,


"Assalammualaikum Cikgu dan Otai6a 86,

Saya mewakili ibu bapa dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki saya. Terima kasih pada Zila dan famili, Along, Din dan famili, Linda dan famili, Cikgu dan anaknya, Faridah dan anaknya, Mazilah, Kila dan famili, Syima dan famili, Anis dan famili dan Mardziah bersama suaminya.

Maaf tidak dapat melayan kalian semua.. maaf juga jika ada sebarang kekurangan pada majlis tersebut.
Yang pastinya kehadiran kalian memang memeriahkan suasana. Dah jadi majlis Otai rasanya.
Terima kasih juga diatas ingatan cikgu pada majlis kenduri ini. Terima kasih banyak-banyak semua. Tanpa anda majlis ini tidak akan meriah. 


Sekian."

Insya Allah, bulan Mei ini ada geng Otai6a yang akan mengadakan kenduri kahwin. 


Tungguuuu........


Gambar-gambar kenangan



Al Fatihah Buat Bapa Mertua Noorini


Assalamu'alaikum,




Pagi tadi kita dimaklumkan oleh Noorini di mana bapa mertua beliau telah meninggal dunia malam semalam di Kuantan. Sehubungan dengan itu, marilah kita bersama-sama membaca surah al Fatihah dan disedekahkan pahala bacaannya kepada allahyarham bapa mertua Noorini, semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin, Insya Allah. 

Al Fatihah.





Takziah dari Otai6a.


Kenduri Di Rumah Mertua Mazilah



Assalamualaikum, 

Sahabat Otai6a semua, semalam 29 Mac 2014 ada kenduri di rumah mertua Mazilah di Taman Seri Putra, Banting. Mazilah pun ada menjemput Otai6a semua hadir ke kenduri tersebut. Kami mengucapkan terima kasih atas jemputan tersebut. 

Terima kasih juga pada Along, Wakil tunggal Otai6a, yang hadir ke kenduri Mazilah bagi pihak Otai6a. Bukan kami tak mahu hadir tetapi ada komitment lain yang tidak dapat dielakkan.

Otai6a dimaklumkan kenduri tersebut adalah kenduri sempena khatan anak Mazilah dengan khatam quran, naik buai anak saudara Mazilah dan juga yang Mazilah malu nak beritahu kat group Otai6a, Ustazah Mazilah dah kembali mengajar, jadi termasuk juga kenduri kesyukuran. 

Tahniah dari Otai6a.




Thursday, March 27, 2014

Renungan 3 : Membudayakan Tegur Menegur


السلام عليكم ورحمةالله ﻭﺑﺮﻛﺎﺗﻪ


Sahabat yang dihormati sekalian,

terlebih dahulu marilah kita membaca surah al Fatihah dan disedekahkan pahala bacaannya pada mangsa MH370 yang beragama Islam dan juga kita berdoa semoga 529 ahli Ikhwanul Muslimin yang di hukum mati oleh mahkamah Mesir ditetapkan keimanan dan teruskan perjuangan. Sesungguhnya perjuanganmu mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.

Gambar hiasan
Dalam ruangan renungan kali ini saya ingin mengajak sahabat semua mengamalkan budaya tegur menegur sesama kita dan juga kepada rakan-rakan kita yang lain.

Tegur menegur merupakan asas dalam konsep amar ma'ruf nahi mungkar.



{ من رأى منكم منكراً فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان }


Daripada Abu Said alKhudri r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda  : “ Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran , hendaklah ia mengubah dengan tangannya (kuasa). Sekiranya ia tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (nasihat). Sekiranya ia tidak mampu, hendaklah ia mengubah dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Yang demikian adalah selemah-lemah iman” 
Hadis riwayat Imam Muslim.

Gambar hiasan
Jika ada  kesalahan atau kesilapan yang dilakukan oleh rakan kita, tegurlah dengan baik. Mungkin rakan kita itu tidak tahu apa yang dilakukan itu adalah satu kesalahan. Mudah- mudahan teguran kita dapat membetulkan kesalahan yang rakan kita lakukan dan juga dapat mengingatkan kita untuk tidak melakukan perkara yang sama.

Jika dia terima teguran itu, Alhamdulillah, jika teguran kita tidak di terima maka terlepas tanggungjawab kita sebagai rakan yang baik. Perlu diingat kita juga perlu bersedia menerima teguran. Dengarlah teguran yang diberi dengan tekun dan ambillah peluang untuk kita muhasabah diri.


Saturday, March 22, 2014

Renungan 2 : Dosa-Dosa & Facebook




Sahabat-sahabatku yang dihormati sekalian,


Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan pelbagai kenikmatan kepada kita sama ada kita sedar atau tidak kenikmatan yang telah diberi. Oleh yang demikian wajiblah kita sentiasa bersyukur kepada Allah SWT setiap hari di atas segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.


Di sini saya ingin berkongsi artikel yang sangat baik dari Dr. Zaharuddin Abd Rahman yang telah disiarkan di laman web beliau di  www.zaharuddin.net pada tahun 2010 dengan tajuk Dosa-Dosa & Facebook . Mungkin ada sahabat yang telah membacanya, cuma sekadar peringatan kepada kita semua. Artikel yang ditulis oleh Dr. Zaharuddin ini bukan hanya berkenaan dengan Facebook sahaja tetapi berkait juga dengan semua jenis media sosial seperti WhatsApp, WeChat, Twitter, Instagram dan sebagainya.

Mudah-mudahan artikel ini dapat berikan sedikit peringatan kepada kita semua.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dosa-Dosa & Facebook

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

Tuesday, March 18, 2014

Walimatul Urus Adik Lelaki Sdr Khairuddin

Assalamualaikum

Gambar-gambar Otai6a di sekitar majlis perkahwinan adik lelaki Sdr Khairuddin yang telah diadakan pada 16 Mac 2014 di Taman Dato' Harun. 

Terima kasih pada sahabat yang hadir ke majlis tersebut.





Friday, March 14, 2014

Renungan

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من سرور أنفسنا ومن سيئات ﺃﻋﻤﺎﻟﻨﺎ  من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له، أشهد أن لا إله إلا 
 الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، اللهم صل وسلم على عبدك   ورسولك محمد وعلى أله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد



Sahabat-sahabat yang dihormati sekalian, bersyukur kepada Allah SWT yang memberikan nikmat iman dan Islam kepada kita dan masih lagi memberikan kesempatan kepada kita bernafas di bumi Allah SWT ini. 

Dalam kesibukan kita mencari rezeki untuk keluarga di dunia ini, janganlah lupa pada Yang Maha Berkuasa yang memberi rezeki kepada kita. Tiada salahnya kita mencari kekayaan di dunia ini, malah ianya di tuntut supaya Muslimin kuat dalam segi ekonomi. Tetapi janganlah kita lupa hak-hak Allah SWT yang perlu ditunaikan.

Saya ingin memetik kata-kata Imam Hassan Al Basri, seorang ulamak tabien terkemuka yang lahir di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab pada tahun 21H/642M di Kota Madinah, yang berkata:

"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan"


Sunday, March 9, 2014

Tragedi Kehilangan Pesawat MAS MH370

Bagi pihak Otai6a, kami berdoa semoga pesawat MH370 dapat ditemui dengan segera. Kepada ahli keluarga penumpang dan krew MH370 bersabarlah dan banyakkan berdoa.


Doa kami:


Ya Allah,

Dengan kekuasaanMu dan Kemuliaan Mu, bantulah kami mencari pesawat ini. Permudahkanlah pencarian kami,  selamatkanlah semua penumpang pesawat tersebut. Lindungilah mereka dari malapetaka.

Ya Allah,

Jika ditakdirkan mereka semua telah tiada, maka bantulah kami menemui jasad mereka agar dapat kami menyempurnakan jasad mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala yang berlaku, ampunilah kami, ampunilah mereka yang terlibat. Sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat hambaNya. 

Ya Allah,

Berikanlah kekuatan dan kesabaran kepada ahli keluarga mangsa yang di dalam kedukaan dan kesedihan. Sesungguhnya segala yang berlaku itu adalah takdir dan ketentuan Mu Ya Allah. Hanya pada Mu kami berserah dan hanya pada Mu kami memohon pertolongan.

Amin Amin Ya Robbal'alamin


Gambar-Gambar Semasa HiTea Gathering and Birthday Celebration









Main Bowling...Bowling..Bowling..


Assalamu'alaikum Otai6a 86,


Sekali lagi geng Otai6a buat aktiviti, bermain bowling di Pin Junction Bowling Center di e@Curve Damansara semalam 8 Mac 2014. Rakan-rakan kita semuanya aktif belaka, ada je aktiviti yang nak dibuat dan ada jeee.....geng yang nak joint. 

Game bowling ni inisiatif dan anjuran Mazilah, dan disertai oleh rakan-rakan yang lain seperti Azlan, Faridah, Wan Sharani yang datang bersama keluarga dan juga tidak ketinggalan Cikgu Nurliza pun turut serta. Semuanya nampak macam pro browler, tapi tak tau la sebab Mr. Admin tak ada masa tu..he..he.. Walaubagaimanapun anggap je la depa semua boleh baling bola bowling tu...

Bermain dengan 2 game yang bermula pada pukul 4 petang hingga sekitar 6 petang. First game Mazilah menang, 2nd game Cikgu menang (...handal juga Cikgu ye). Balingan semua cantik-cantik belaka walaupun ada masuk lane longkang... (siapa le tu ye...) balingan ke lane longkang memang cantik belaka..ahakkss.. ha..ha..ha. Walaubagaimanapun semua geng happy dan ceria seperti yang dimaklumkan oleh Cikgu dalam WhatsApp. Member yang lain memang berhajat nak turut serta tetapi ada pelbagai agenda yang perlu dipenuhi yang tidak memungkinkan dapat turut serta. 

Sebelum pulang, sempat dinner di Bumbu Desa Rest. Dinner di taja penuh oleh businessman kita, En. Azlan Jizam..(Alhamdulillah, moga rezeki Lan bertambah-tambah....nanti boleh belanja kawan-kawan yang lain..ahakss)


Cikgu dan Wan, Pro Bowler....


Thursday, March 6, 2014

Petikan Dari Group WhatsApp: Ayuh Dirikanlah Solat Witir


  ﺍلسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد سيد المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين.



Sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian.



Peruntukkanlah masa anda untuk melakukan solat witir dan beristiqomahlah dalam melakukannya.

Ini kerana solat witir adalah solat sunat muakkadah dan ada riwayat yang menyatakan Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat witir walaupun ketika Baginda bermukim ataupun bermusafir.

Solat witir dilakukan setelah solat Isyak sehingga menjelang fajar. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan sehingga subuh.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

"Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir." 

( hadith riwayat Bukhari dlm Shahihnya, Kitab al-witr, no 998)

Solat witir boleh dilakukan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan dua rakaat , dua rakaat , dan diakhiri dengan 1 rakaat.

Ianya boleh juga dilakukan dengan:
a) 3 rakaat 1 salam, atau 
b) 5 rakaat 1 salam atau 
c) 7 rakaat satu salam atau 
d) 9 rakaat 1 salam dengan tasyahhud awal pada rakaat kelapan dan tasyahhud akhir pada rakaat ke sembilan



Sunday, March 2, 2014

Hi Tea Gathering and Birthday Celebration



Alhamdulillah, gathering kita telah berjaya diadakan. Insya Allah gambar-gambar akan disiarkan di blog ini dalam masa terdekat. 

Buat masa ini, gambar-gambar boleh dilihat dalam Facebook Azlan Jizam.




Nukilan Nurliza Hamzah untuk Otai 6A

Assalamu'alaikum,


Selamat Hari Jadi, Cikgu”. Satu ungkapan yang penuh makna akan dilafazkan setiap kali hadirnya 01.03. Dalam ingatan ini, sepanjang dibangku sekolah, hari istimewa ini disambut dengan teman-teman sedarjah. Kemudian, menjejak kaki ke maktab perguruan dan seterunya ke menara gading juga diraikan bersama teman-teman seperjuangan. Setelah disunting sebagai seorang isteri, hari jadi ku disambut disamping si dia. Terbina satu keluarga, bersama-sama meraikan dengan anak-anak tercinta. Sepanjang riwayatku, tidak pernah hari jadi ku disambut bersama kedua orang tua ku. Tiada ucapan, jauh sekali sebuah hadiah ‘hari lahir’. Namun, setiap minggu atau selang dua minggu, ayah dan ibu akan membawa ku dan adik lelaki menjamu selera. Hari-hari tersebut amat istimewa buat ku. Apabila dibawa bercuti, akan dibeli sepasang baju, sebagai hadiah. Kisah sedih ini tidak ku ceritakan pada mana-mana insan didunia ini, cuma luahan hati bersama anak-anak secara bersahaja tanpa membawa makna yang mendalam; ianya disimpan dengan rapi di sudut sanubari ini. Mungkin, apabila dihayati perjalanan hidup kalian mungkin ada persamaan dengan apa yang ku lalui.




Petikan Dari Group WhatsApp: Mengapa Doa Kita Masih Belum Dimakbulkan?



بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه


Pada pagi yang barokah ini, saya ingin berkongsi info dengan anda semua berkenaan dengan mengapa doa kita masih belum dimakbulkan Allah.

Kita berdoa setiap hari, macam-macam benda yang kita mohon pada Allah SWT. Tapi nampak macam doa kita tidak memberi sebarang kesan dan dimakbulkan ... "makbul ke doa aku ni...?"

Sedangkan Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran

قال ربكم ادعونى أستجب لكم

(al-ghofir/al-mu'min: 60)


"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan doa permohonan kamu".


Ada banyak perkara yang boleh kita bicarakan tentang  perkara ini, tapi saya lebih berminat nak membicarakan kata-kata seorang ahli sufi yang terkenal iaitu Ibrahim ibn Adham (Abu Ishaq), apabila beliau ditanya oleh orang ramai  ketika beliau berada di tengah pasar  Basrah di Iraq mengenai mengapa doa mereka belum dimakbulkan Allah.


Petikan Dari Group WhatsApp: H/P punya pasal?



Ya ALLAH ampunilah dosa dosa kami yg mempunyai HP kerana:

  • Kami lebih banyak mengisi kredit dripda bersedekah.
  • Kami lebih banyak pegang HP dripda pegang tasbih.
  • Kami lebih banyak baca sms dripda baca Al Quran
  • Kami lebih sering menelefon dripda Silaturahim.
  • Kami lebih sering buka bluetooth dripda berlutut untuk sujud.

Ya ALLAH ampunilah kami yg serba kekurangan dan yg selalu lalai ini.
Dan semoga HP yg kami miliki ini dpt digunakan sebagai IBADAH untk lebih taqarrub kepda Mu Ya ALLAH.
Amin....