UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Sunday, February 9, 2014

Petikan Ucapan Along dari WhatsApp Group Otai 6A

Assalamu'alaikum,

Bagi pihak ayahanda saya, Ali bin Muhamad dan bonda Zaiton bt Baharom, saya menyampaikan perasaan terharu dan ucapan jutaan terima kasih dari mereka kepada sahabat-sahabat yang bersusah payah datang menziarah tadi.

Mereka sangat tidak menyangka akan keperihatinan anda semua dan amat berbesar hati yang tidak terhingga. Bonda tak henti-henti memuji keramahan anda semua. Ayahanda pula asik berkata.." tak sangka sebab ayah masuk wad ni, dapat jumpa dgn kawan-kawan kau"




Terima kasih kepada...
  • Kudin yang skip daripada aktiviti gotong royong di sekolah bersama anak
  • Kak long yang 'squeeze' jemputan walimatulurus, with Papa awaiting kat bawah with Shaheem
  • Kak Ngah yang dari pejabat imigresen awal pagi, pulang ke rumah untuk siapkan juadah awal lunch for family dan lari pulak masuk kerja petang lepas menziarah di PPUM tadi.
  • Uchu yang datang dengan anak dan untuk kali pertamanya keluar dari sarang hibernasi setelah sekian lama menyepi dari events otai kerana busy.
  • Syima yang terpaksa menangguhkan perjalanan keluarga hari ni.
  • Anis yang bergegas pulang dari inspection teksi di puspakom sebelum ke asrama anaknya petang ni.


Terima kasih juga atas ingatan dan doa-doa dari cikgu dan rakan-rakan yang lain seperti Abang Ram, Abang Sab, Kila, Norini, Mazilah, Farid, Norliah dan semua yang tak sempat disebut....

Terima kasih atas panggilan telefon dari cikgu sewaktu kami di emergency ward semalam.

Terima kasih atas buah tangan yang dibawa sama. Nape la susah payah...kehadiran anda semua pun dah cukup beri makna.

Ayahanda berasa bersalah kerana otai-otai terpaksa memberi ruang kepada tetamu yang lain/sedara yang baru sampai sewaktu sedang rancak beramah mesra tadi. Maklum la...wad sempit...maaf ye especially to Uchu dengan Syima yang tak sempat lama pun berborak. Kerana tu ayah usahakan jugak bangun sendiri dari katil untuk mendapatkan Kudin, Kak Ngah, Syima dan Uchu yang berdiri di koridor luar waktu tu.

Akhirnya....tq so much sahabat semua.... love you all ketat2...



Khairolazuan Ali
 8 Februari 2014 4:41 pm

No comments: