UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Monday, February 17, 2014

Petikan Dari Group WhatsApp: Nikmatnya Sakit

Assalamu'alaikum

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم ُ

TAZKIRAH

Nikmatnya sakit

Jika kita redha dengan pemberian sakit oleh Allah, sebenarnya ia boleh menjadi nikmat kepada kita. Antara sebabnya ialah :

1. Sakit Merupakan Satu Ujian Allah

Sesetengah individu mungkin menyempitkan skop ujian dan dugaan itu sebagai perkara-perkara yang negatif dan yang menyedihkan sahaja seperti ditimpa kesusahan, kesedihan, kemiskinan, kematian, kemalangan, kesempitan, kegagalan dan seumpamanya. Sebenarnya ujian itu meliputi semua aspek kehidupan sama ada sesuatu yang baik atau sebaliknya seperti kesihatan atau kesakitan, kebaikan atau keburukan, kegembiraan atau kesedihan dan seumpamanya... sama ada kita lalai, redha atau mengeluh dengan ujian-ujian ini.

2. Sakit Sebagai Sebagai Kaffarah (Penebus Dosa)

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: “Seorang muslim itu tidak ditimpa sesuatu dari keletihan, penyakit, masalah (kebingungan), kesedihan (kerana kehilangan sesuatu), kesengsaraan dan duka cita sehinggakan (kepada) duri yang menusuknya (menyakitinya), kecuali Allah menghapuskan (mengampunkan) dengan semua itu daripada dosa-dosanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

3. Sakit Asbab Diberikan Ganjaran (Ditinggikan darjat)

Para Rasul dan Nabi adalah maksum (terpelihara daripada melakukan segala jenis dosa). Maka antara sebab mereka ditimpa dengan ujian sakit bukanlah sebagai balasan dari dosa yang dilakukan, akan tetapi untuk meninggikan lagi martabat dan kedudukan mereka.

Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tiadalah seseorang mukmin yang tertusuk duri atau lebih dari itu melainkan Allah mengangkat satu darjat (dengan tertusuk duri itu) atau menghapuskan daripadanya satu kesalahan.
(Hadis riwayat Muslim)

Wallahu a'lam


Posted by:

Cikgu Nurliza Hamzah
14 February 2014
7:17 am

No comments: