UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Sunday, February 9, 2014

Melawat Ayahanda Sdr. Khairolazuan Ali di Pusat Perubatan Universiti Malaya


Semalam geng Otai 6A sempat menziarahi ayahanda Along, Pak Ali, yang sakit. Pak Ali dimasukkan ke wad di PPUM pada hari Jumaat setelah beliau mengadu sakit dada pada subuh hari tersebut.

Di antara rakan-rakan yang hadir ialah Khairuddin, Kak Long, Kak Ngah, Syima, Ros (bersama anaknya) dan Anis. Kami berkesempatan berbual dengan Pak Ali, yang ternyata begitu ramah...seramah Along. Pak Ali, orang lama yang mempunyai pelbagai pengalaman hidup dan banyak perkara yang ingin diceritakan. Begitu juga Bonda Along yang setia menunggu di sisi Pak Ali (Sebenarnya banyak juga ayahanda dan bonda Along ceritakan pasal Along yang kami tak pernah tahu ..... he.. he ..he..)

Walaubagaimanapun, sepanjang perbualan kami, Alhamdulillah, Pak Ali kelihatan sihat dan ceria. Kami terharu apabila Pak Ali sanggup bangun dari katil dan keluar berjumpa kami di tepi pintu apabila kami sedang berbual dengan Along sebelum pulang bagi memberi laluan kepada saudara mara Along yang baru datang melawat Pak Ali.

Kami berdoa mudah-mudahan Pak Ali cepat sembuh dan dapat meneruskan kehidupan harian seperti biasa.


(*Cikgu Nurliza mungkin akan akan datang melawat Pak Ali petang ini)








No comments: