UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Sunday, June 15, 2014

Ramadan Pesta Makanan. Jom Ubah ke Pesta Ibadah


Tajuk: ‘Ramadan Pesta Makanan. Jom Ubah ke Pesta Ibadah’
Kuliah puasa dari sudut kesihatan oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia).
  • Zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat.
  • Kini Ramadan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan.
  • Ramadan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluargaan.
Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa seperti berikut;
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi berbuka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi pottasium seperti makanan bergula perang bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius pada kesihatan.


2. Jangan window shopping ke bazar ramadan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan untuk terus membeli makanan yang kita tidak perlu.
3. Jangan lewatkan solat maghrib, makanan yang dimakan menghasilkan tenaga untuk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yang dilakukan oleh solat yang ianya disegerakan. Allahuakbar!!!…
4. Selepas solat maghrib, sel sudah dapat tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jangan lebih lima jenis makanan dalam satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air
5. Selepas makan malam, sangat baik kita MANDI dengan air sejuk. Jangan pakai heater. Boleh pakai air batu untuk menambahkan lagi sejuknya. Jangan risau mandi malam dengan paru-paru berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jangan mandi macam burung untuk elak paru-paru berair. Burung mandi dengan cara membasahkan rambutnya tapi badan tidak basah.
6. Selepas mandi, sebelum pergi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yang telah dikisar.
7. Solat Isyak berjemaah. Lepas tu solat terawik solat dengan perlahan dan santai. Jangan cari yang gopoh-gapah.
8. Pastikan makan benda ringan semasa ambil moreh. Makan lepas pukul 10.30 adalah kemudharatan yang besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dalam badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah bertadarus paling minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik ke dalam otak dan hati. Kalau masa ini diisi dengan aktiviti atau info yang melalaikan, maka otak dan hati akan merakam perkara yang kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya.
9. Selepas itu sebaiknya tidur sebelum pukul 12 malam untuk kerehatan. Jangan pasang lampu semasa tidur kerana pasang lampu akan meningkatkan lagi kadar kolesterol iaitu 4 kali ganda.
10. Selepqs itu bangun pukul 3 pagi untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dengan merenjis air sejuk dengan hujung jari. Boleh mandi. Tak akan mendatangkan masalah pada kesihatan.
11. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,
12. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ini di langit ada spektro berwarna merah jambu antara 3 pagi hingga 5 pagi. Masa inilah Allah menganugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.
13. Sahur. Sebaik-baiknya bersahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak untuk elak cepat basi. Lebihkan masak masa makan malam, jangan campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nak sahur panaskan dan baru campur garam.
14. Selepas sahur, terus pergi solat subuh berjemaah.
15. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kepada hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan.
16. Tidur qailullah (1 jam sebelum zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.
Cara makan kurma, 60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar buah kurma. Masukkan sebiji kurma dan akhir sekali keluar biji. Jangan kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis iaitu Ajwa, Mabrom, Sapawi dan Mariami.
Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dalam perut berehat lebih dari 8 jam. Sebelum sampai Ramadhan, berazamlah untuk berlatih unttk tingkatkan ibadah.

Sumber: WhatsApp

No comments: