Sahabat semua, di sini saya lampirkan artikel mengenai Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Semoga ianya dapat memberi iktibar kepada kita semua, Insya Allah.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Antara sebelum dengan semasa Ramadan, seolah-olahnya kita orang yang berlainan.
Sebelum Ramadan,
.....membaca al-Quran dua-tiga hari sekali, pun belum tentu.
.....berpuasa sehari sebulan pun berkira-kira
.....solat witir satu rakaat sebelum tidur pun susah, apa lagi dua rakaat solat malam nanti.
Namun semasa Ramadan,
.....tiap-tiap hari membaca al-Quran.
Sebulan ini mesti khatam 30 juzuk, 604 muka surat.
.....tiap-tiap hari menahan lapar dan dahaga.
Biasa sahaja.
.....berpuluh-puluh rakaat solat malam.
Jika tidak ingat solat witir sebelum tidur, sanggup melakukannya semasa bangun sahur.Pelik bukan?
Dan lagi pelik....
Kerana selepas Ramadan, kita menjadi seperti sebelum Ramadan semula. Tiada lagi amalan itu dan ini pada setiap hari.
Kenapa, ya?
Sekali lagi syaitan dipersalahkan. Sepanjang Ramadan kita melatih iman, begitu mudah dikalahkan syaitan yang dibelenggu sebulan? Setidak-tidaknya melekat jua satu amalan untuk dirutinkan selepas Ramadan.
Barangkali....
Kita memang tidak berniat untuk meneruskan amalan selepas Ramadan. Yang kita kejar hanya pahala Ramadan. Kita tidak pernah mengimpikan biarlah Ramadan itu sebulan, tetapi kekalkanlah semangatnya setahun, ya Allah.
Tetapi....
Bukankah matlamat sebenarnya di sebalik puasa Ramadan ialah takwa, bukan pahala.
"Wahai orang Mukmin,difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardukan ke atas kaum sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah 2: 183)
Orang bertakwa ialah orang yang giat mengumpul bekalan amalan soleh pada setiap ketika demi bertemu Ilahi. Bukannya bermusim.
Adakah fenomena pelik ini berulang lagi pada Ramadan tahun ini?
Muhammad Luqman Makhtar
Editor Majalah Solusi Isu. 59
No comments:
Post a Comment