UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Monday, April 7, 2014

Anekdot: Bertaqwalah Wahai Umar!



BERTAKWALAH WAHAI UMAR!



Dengan pemergian Sayidina Abu Bakar, kepimpinan umat Islam beralih kepada Sayidina Umar.

Dalam ucaptama perlantikan sebagai khalifah, beliau berkata:

Sesiapa antara kalian yang melihat pada diriku suatu penyelewengan, maka hendaklah kamu meluruskannya.”

Lantas seorang Arab Badwi dengan lantang menyebut:

Demi Allah! Wahai Umar, jika kami dapati kamu melakukan pemyelewengan, maka kami akan meluruskan kamu dengan pedang kami yang tajam!

Dengan penuh besar hati Umar membalas:

Alhamdulillah, pujian bagi Allah yang menjadikan kalangan umat Muhammad mereka yang sanggup meluruskan dengan mata pedangnya.

Kemudian beliau menyambung: “Bertaqwalah kepada Allah, wahai Umar

Salah seorang hadirin dalam majlis itu berkata: “Berani kamu berkata demikian kepada Amirul Mukminin

Namun Sayidina Umar menjawab dengan mutiara kata yang indah:

Tiada kebaikan bagi kamu (rakyat) jika kamu tidak menyatakannya, dan tiada bagi kami (pemerintah) jika kami tidak mendengarnya.

Beginilah citra pemimpin yang didambakan ummah. Sayidina Umar yang merelakan dirinya untuk diperbetulkan sekalipun dengan pedang. Ya, dengan pedang yang tajam. Jadi apalah sangat setakat lontaran kata-kata yang menikam.

Kata-kata Khalifah bukanlah sekadar 'manisan' di bibir namun ianya suatu hakikat. Beliau tidak memenjarakan Arab Badwi tanpa bicara, menarik bantuan kepadanya atau menghalau lelaki ini sebaliknya menerima jawapan itu dengan pujian dan penuh rasa gembira.


Gambar hiasan




Petikan dari Majalah Solusi No.65





No comments: