Assalamualaikum,
Sahabat semua, Insya Allah esok kita akan bermula puasa. Marilah kita bersama mengambil peluang ini untuk menambah pahala, dan memohon keampunan dari Allah SWT.
Memperbanyakkan amal ibadah kita dan sentiasa berzikir. Jangan lupa untuk merebut malam Lailatul Qadr.
SELAMAT BERPUASA sahabat semua.
Blog Bekas Murid Darjah 6A Tahun 1986 Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Dato' Harun, Petaling Jaya, Selangor.
UKHUWWAH TILL JANNAH
'UKHUWWAH TILL JANNAH'
Saturday, June 28, 2014
Sunday, June 15, 2014
Ramadan Pesta Makanan. Jom Ubah ke Pesta Ibadah
Tajuk: ‘Ramadan Pesta Makanan. Jom Ubah ke Pesta Ibadah’
Kuliah puasa dari sudut kesihatan oleh Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia).
- Zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan. Bulan Ramadan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku seperti perang Badar dan berbagai lagi menunjukkan kekuatan ummat.
- Kini Ramadan dikaitkan dengan keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan kini ianya adalah pesta makanan.
- Ramadan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, bulan membaiki institusi keluargaan.
Mengikut kajian kesilapan besar dalam berpuasa seperti berikut;
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi berbuka puasa dengan 3 biji kurma (atau makanan yang tinggi pottasium seperti makanan bergula perang bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab berbuka puasa bukan untuk perut tetapi untuk beri tenaga kepada hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam di depan semasa berbuka. Hypotanamos yang keletihan berfungsi sepanjang hari akan tidak berfungsi dengan betul sekiranya makanan masuk dengan banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius pada kesihatan.
Ramadhan: Apa Perlu Buat?
Bersempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, marilah kita memahami artikel di bawah ini, tulisan Dr. Zaharuddin mengenai apa yang perlu dibuat dalam bulan Ramadhan.
Ramadhan : Apa Perlu Buat?
Oleh : Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Bagi meraikan Ramadhan yang mulia, ada baiknya saya mengulas ringkas berkenaan Ramadhan. Bulan ini bolehlah dianggap sebagai bulan ‘bonus' dari Allah SWT sebagai rahmat bagi hamba-hambaNya. Gandaan pahala di bulan dan ketika puasa adalah amat hebat. Ia berdasarkan hadith Qudsi yang menyebut : "Setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .
Sarapan Bersama Geng Otai6a
Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, pagi semalam kita dapat bersarapan bersama-sama di Kompleks Pasar Taman Dato' Harun di kedai Kak Nor Mee Jawa. Ingatkan tak ramai yang datang tapi ramai pula yang muncul.
Semoga ukhuwwah kita berkekalan. Insya Allah ada program yang telah dibincangkan semasa sarapan dalam bulan September ini tapi masih lagi dalam perbincangan.
Terima kasih kepada Suhaimi Othman (SO) sebab belanja kawan-kawan. Terima kasih banyak-banyak SO semoga murah rezeki.
Friday, June 13, 2014
Tuesday, June 3, 2014
Sambutan Hari Lahir dan Ramadan al-Mubarak
Assalamu'alaikum,
Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas Otai6a telah mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk sahabat yang lahir dalam bulan Mei, Jun dan Julai iaitu Noorini, Abu Talib, Sabree dan Tarwiyati. Majlis diadakan di KFC Subang Parade.
Walaupun ada empat orang yang diraikan tapi yang hadir hanya Noorini seorang yang hadir, yang lain tidak dapat hadir di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Terima kasih kepada Kak Ngah yang telah sponsor goodies dengan hadiah 'Best Dress' untuk lelaki dan perempuan yang telah diungguli oleh Along dengan Noorini.
Di bawah ini gambar-gambar kenangan di sekitar majlis tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)