UKHUWWAH TILL JANNAH

'UKHUWWAH TILL JANNAH'

Sunday, January 19, 2014

Majlis Beramah Mesra Otai 6A Bersama Keluarga


Alhamdulillah program ini telah berjaya diadakan. Ditambah pula dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Imam Muda Hassan dan solat berjemaah. Tazkirah yang disampaikan bertajuk ‘Umur 40 tahun, ke mana halatuju?’. Terima kasih kepada Sdr. Anis kerana dapat menjemput IM Hassan dan juga kepada Cikgu Nurliza kerana menawarkan rumah beliau untuk program ini.

Tuan Pengarah memang telah memaklumkan dari awal lagi, untuk berkumpul seperti reunion hari itu memang sukar untuk diadakan pada kali kedua kerana bukan semua orang dapat melapangkan masa dengan tarikh program yang ditetapkan.

Masakan masing-masing memang sedap sehingga menjilat jari. Bermacam jenis masakan ada.




Alhamdulillah program berjaya diadakan walaupun jumlah kehadiran tidaklah seramai semasa reunion. Cikgu dan anak-anak pun sibuk melayan anak-anak murid tua yang hadir dengan anak-anak masing-masing. Macam-macam ragam ana-anak kepada anak-anak murid tua Cikgu ni. Ada yang buat sprint 500 meter dalam rumah Cikgu, melompat-lompat dalam bilik, terpecah barang Cikgu, habis semua hias dalam rumah Cikgu disentuhnya. Tidak dapat nak berkata apa-apa melainkan ‘Maaf yea Cikgu, anak-anak kami’…

Insya Allah, ada ilmu yang diterima dalam program ini. Sekali lagi terima kasih Cikgu kerana membenarkan kami menggunakan rumah Cikgu.









No comments: