Blog Bekas Murid Darjah 6A Tahun 1986 Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Dato' Harun, Petaling Jaya, Selangor.
UKHUWWAH TILL JANNAH
'UKHUWWAH TILL JANNAH'
Wednesday, July 30, 2014
Thursday, July 24, 2014
Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan
Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu &
Yang Jangan DiLakukan
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Bulan
Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar
serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan
RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau
amat sedih dengan pemergiannya.
Sebaliknya
orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya
pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih
malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang
sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.
Seolah-olah
individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin
memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan
‘gagal', malah telah berjaya terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail
untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang
mendatang. Nau'zubillah.
Monday, July 21, 2014
Doa
Assalamu'alaikum.
Ya Allah, kami
bersyukur diatas nikmat daripada Mu Ya Allah.
Ya Allah bantulah kami dalam
menjalankan urusan agama kami dan elokkanlah urusan dunia kami.
Ya Allah
elokkanlah juga urusan akhirat kami.
Ya Allah bukakanlah bagi kami
pintu-pintu kurnia Mu, turunkan untuk kami barakah-barakah Mu. Berilah
keampunan keatas segala dosa-dosa kami dan tempatkan kami di dalam syurgaMu
yang luas.
Ya Allah pada hari-hari terakhir Ramadhan ini berilah kami
ketakwaan dan kekuatan untuk melakukan sebanyak ibadah yang termampu
agar kami dapat menikmati Lailatul Qadar seperti yang Engkau janjikan.
Ya Allah jika ada diantara kami yang sedang sakit, sembuhkan penyakitnya.Ya Allah, agar mereka dapat beribadah bersama kami.
Ya Allah jika hari
ini ada diantara kami yang kesulitan rezeki, atau ada benih-benih sakit
hati di hatinya, bantulah mereka mengatasinya Ya Allah.
Ya Allah jika
kami pernah menyakiti atau menzalimi seseorang, bukakanlah pintu hatinya
agar memaafkan kami.
Ya Allah jadikanlah Ramadhan kali ini Ramadhan
yang terbaik bagi kami.
Ya Allah janganlah kau jadikan Ramadhan ini
sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan
datang.
Ya Allah jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.
Ya Allah terimalah amalan kami, terimalah taubat kami,ampunkanlah segala
dosa kami, amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami syurgaMu.
Ya
Allah ampunkanlah juga dosa kedua ibubapa kami, anak, suami/isteri
kami, kaum keluarga kami, sahabat-sahabat kami, guru-guru kami dan
sekalian muslimin muslimat dimana saja mereka berada.
Selawat dan salam
ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para
sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alamin.
Ramadhan 1435H - Minggu Terakhir
Assalamu'alaikum,
Sahabat semua,
Ramadhan kian hampir ke penghujungnya. Oleh itu, marilah kita tambahkan dan giatkan lagi amalan kita disaat-saat akhir ini kerana kita tidak pasti lagi samada dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan.
Perbanyakkanlah solat, baca al-quran, zikir dan sebagainya dan jangan lupa sentiasa memohon ampun dari Allah SWT agar dosa-dosa kita diampunkan sebelum Ramadhan ini berakhir.
Insya Allah.
Jemputan Ke Majlis Minum Petang Santai Hari Raya Cikgu Nurliza
Assalamu'alaikum,
Sukacita dimaklumkan Cikgu Nurliza menjemput otai semua hadir ke Majlis Minum Petang Santai Hari Raya bersama keluarga di rumah Cikgu Nurliza di Sunway Damansara pada tarikh dan waktu seperti berikut:
Tarikh: 2hb Ogos 2014
Hari: Sabtu
Masa: 3 pm - 7 pm
Sesiapa yang berkelapangan pada tarikh tersebut dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.
Subscribe to:
Posts (Atom)