Pada 3 Januari 2015, Otai6a telah melawat salah seorang sahabat kita, Sdr Saharuddin (Ateng) yang telah terlantar sakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Marlina telah memaklumkan keadaan Ateng di dalam group telegram dan Otai6a telah membuat lawatan pada hari Sabtu yang lalu. Kami dimaklumkan Ateng telah pun berada di hospital sejak 3 bulan yang lalu.
Keadaan Ateng amat menyedihkan. Beliau telah diserang strok yang teruk. Beliau bernafas melalui lubang di kerongkong dan makan di tiub yang telah ditebuk di perut. Otaknya juga telah 'lumpuh'.
Ateng telah pun di'discharged' dari wad pada 7 Januari 2015. Sdr. Khairuddin telah melawat beliau di rumah pada tengahari tadi, 8 Januari 2015 dan telah menyerahkan duit sumbangan yang disumbangkan oleh sahabat Otai6a pada ibu Ateng.
Kami juga telah dimaklumkan ibu Ateng telah berhenti kerja demi menjaga Ateng yang perlu diberi perhatian sepanjang masa.
Semasa sihat... |
Selepas melawat Ateng, kami mengambil kesempatan berkumpul, apa lagi mengeteh le... di Food Court PPUM. Pada hari itu juga kami sempat wish Kak Ngah ...happy birthday...sebab birthday Kak Ngah keesokkan harinya. Terima kasih pada Azlan sebab belanja roti dan Along sebab sponsor air teh..terima kasih daun keladi ... he he he ....